Hannah Yeoh buat program dengan Kristian di Sabah.
PAN diam.
OK takpe sebab dia DAP, mana PAN berani marah dan memang Hannah Kristian.
Ikut dialah.
Tapi bila Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Mohd Azis bin Jamman dalam majlis tu, minta paderi Kristian doakan kemenangan PH, PAN senyap juga.
Alah takkan baru dapat bertanding satu kerusi di Sabah langsung tak nak tegur kawan.
Eleh eksyenlah tu dapat satu kerusi.
Aku rasa, Ahmad Awang, Ghani Shamsuddin, Hasan Mahmud al-Hafiz, Prof Kamil Zuhdi mungkin akan larang rakan mereka itu nanti, In Sya Allah.
Kita tunggu jerlah.
Lepas ni mesti dia serang Presiden PAS, nak cover kawan dia tu.
Itu jerlah cara nak alih isu.
Atau cerita Husam letak jawatan kerana isu mintak doa dengan paderi kristian ni kut?
Dan bukan berebut jawatan dengan Presiden seperti yang orang bisingkan?
Takkanlah tiap kali tak dapat jawatan, nak kena letak jawatan, keluar parti, buat parti baru.
Buatlah benda lain pulak.
Janganlah macam filem Hindustan, dari mula cerita orang dah boleh agak, mesti nyanyi, menari tukar baju tiga empat helai, guling-guling kat lereng bukit, lepas tu cinta kena halang sebab miskin dengan kaya, hero kena belasah dulu, akhir sekali hero menang.
Sama jer kan jalan cerita?
Boringlah PAN ni!
Mohd Nasir Abdullah