PAS Cadang Tan Sri Muhyiddin Jadi PM

PAS Cadang Tan Sri Muhyiddin Jadi PM

PAS Mahu Pertandingan Dua Penjuru.

PAS Parti Disegani, Bukan Pengacau.

“Kita temukan pimpinan UMNO dan pimpinan utama PH, Tun Mahathir, pimpinan UMNO dan Perdana Menteri, temukan dua-dua, bukan mudah.

Buat perbincangan, mesti ambil langkah untuk selamatkan negara, Perdana Menteri tak boleh mengawal keadaan.

Ini yang kita lihat dari luar, walaupun beliau kata boleh kawal, beliau duduk di dalam, kita duduk di luar kita boleh nampak rumah bergoyang-goyang.

Akhirnya kita berjaya mewujudkan gabungan Ahli-Ahli Parlimen Islam dan bukan Islam yang tidak ekstrim.

Kita cadangkan siapa jadi Perdana Menteri, Tun Mahathir jadi Perdana Menteri, kalau tidak, Tan Sri Muhyiddin jadi Perdana Menteri, kita yang cadang.

Saya sebut ketika pilihan raya, PAS mahu jadi king-maker, bukan Langkah Sheraton, Langkah Sheraton dekat sangat, setelah berlakunya pendekatan yang berbeza.

Berakhir dengan Tan Sri Muhyiddin menjadi Perdana Menteri, dibentuk Kerajaan PN.”

“Kita telah membuat keputusan perlunya mendapat mandat secara langsung daripada rakyat melalui demokrasi, pilihan raya umum yang ke-15, dan melihat kaji selidik semua parti-parti dan pemimpin-pemimpin.

Sebagaimana yang saya sebut, kita bersetuju Tan Sri Muhyiddin jadi Perdana Menteri, kita mahu pastikan pertandingan dua penjuru di antara PN dan PH, jangan lagi tiga penjuru.

Dan PAS telah mengambil tindakan yang proaktif dalam isu Sabah, ini mesti faham.

Penyertaan dalam kerajaan bukan mesti jadi wakil rakyat, bukan mesti menyertai pilihan raya, dalam politik ada kerajaan teknokrat, kerajaan macam-macam.

Yang penting PAS parti yang disegani, parti yang dihormati, parti yang tidak mengacau, ini penting, sabar sekejap.”

(Petikan ucapan penggulungan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, di dalam Muktamar Tahunan PAS ke-66 di Pusat Tarbiyyah Islamiyyah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa, Kelantan, pada 14 September 2020)

PAS