Penulis Yang Disayangi Tuhan

Penulis Yang Disayangi Tuhan

Ini rahsia kehidupan (saya), yang penting ialah nawaitu (niat) saya masa belajar dahulu, nak beri manfaat kepada orang. Bukan sebab nak kejar kerjaya. Itu nombor dua. Kerja boleh dicari.” – YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Barangsiapa yang beri ilmu yang membuahkan manfaat, dia akan memperolehi pahala.

Pahala agama dan pahala dunia.

Apabila kita ikhlas nak sebarkan ilmu pada seseorang, orang akan menerimanya.

Mereka akan mudah hadam.

Pasti akan ada keberkatannya kerana terdapat keikhlasan dalam hati si pemberi.

Siapa yang ikhlas dalam ilmu, beramal dengan ilmu yang dia tahu, Tuhan akan tambahkan ilmunya.

Ilmu akan datang secara spontan.

Kebolehannya akan bertambah kerana Tuhan memberinya kebolehan itu.

Kalau beramal dengan ilmu untuk kebaikan manusia, Tuhan akan tambah kebaikan.

Menurut tuan guru terdapat dua jenis ilmu:

  1. Ilmu fardhu ain
    Ilmu ini wajib dipelajari dan di ketahui oleh setiap orang untuk menjalani kehidupan seharian masyarakat sebagai seorang Muslim.
  2. Ilmu fardhu kifayah
    Ilmu ini adalah untuk kepentingan umum seperti ilmu perubatan.

Peliharalah ilmu melalui PENULISAN.

Barangsiapa yang buat kebaikan dan ada yang mengikutnya. Dia akan mendapat pahala walaupun selepas mati.

Jika seorang penulis menulis satu karya yang baik, dia akan mendapat pahala dan jika dia menulis satu karya yang tidak baik dia akan mendapat dosa.

Surah Asy-Syu’ara (Penyair-penyair)

Antara kebanggaan orang Arab ialah syair atau sajak secara spontan.

Allah SWT telah menurunkan al-Quran dengan seni bahasa yang sangat indah.

Allah SWT berfirman , para syu’ara ikut hawa nafsu kecuali yang beriman.

Orang beriman, buat syair dapat pahala.

Menandakan apa sahaja benda manfaat yang kita sebarkan, Tuhan berikan kebaikan kepada kita.

وَمَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ ۖ إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ الْعَالَمِينَ

“Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.
(Asy-Syu’araa’ 26:109)

وَمَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ ۖ إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ الْعَالَمِينَ

“Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.
(Asy-Syu’araa’ 26:127)

Jikalau kita ada perasaan syok sendiri (bangga) terhadap penulisan kita, nescaya tiada orang yang akan menyambut buku kita.

Percayalah. Buku tidak akan laku dan orang tidak akan berminat untuk membelinya.

Walaupun hasilnya cantik macam mana sekalipun.

Kalau ada keberkatan, tulisan itu bukan saja diminati, bahkan mengubah pemikiran orang juga.

Sebab tu, keikhlasan perlu ada dalam penulisan.

‘Overconfident’ menyebabkan apa yang kita persembahkan itu menjadi habuk.

Tidak ada keberkatannya.

Keberkatan itu hanya ada dalam sistem Islam saja.

•••••••••••••••••••••••••••••
Catatan semula kalam Tuan Guru Haji Abdul Hadi dalam program Sembang Santai Bersama Akademi Bonda Nor.

Islam