Pemimpin PAN tak perlulah tulis surat panjang jika sekadar dengan niat untuk menarik keluar ahli PAS menyertai parti mereka.
Sudahlah hujah itu sendiri tidak menepati kejujuran akademik walaupun ada PhD.
Jika dipersoalkan akhlak TG Presiden kerana masih bersama memberi sokongan moral kepada DS Najib walaupun selepas didapati bersalah di Mahkamah Tinggi, ingatlah sedikit bahawa PAN sendiri masih mengangkat DS Anwar sebagai calon Perdana Menteri walaupun dia dah didapati bersalah sehingga ke peringkat Mahkamah Persekutuan.
Proses perbicaraan DSN masih panjang.
Masih ada Mahkamah Rayuan yang melibatkan 3 hakim yang lebih senior serta Mahkamah Persekutuan yang melibatkan 5 atau lebih hakim yang jauh lebih berpengalaman.
Belajarlah undang-unsang sikit!
Sekurang-kurangnya DSN sentiasa tegar memilih untuk melawan secara anak jantan di mahkamah.
Bukannya memilih untuk menggunakan kuasa dengan menggugurkan kes seperti yang berlaku kepada sekutu PAN dalam kes terowong dan suspek pengganas LTTE.
Satu lagi, tidak ada satupun parti yang mempunyai disiplin dan ketaatan melebihi ahli PAS.
Marah bagaimanapun, kecil hati bagaimanapun mereka apabila ‘dipinggir’ rakan sekutu di Sabah, segalanya berubah apabila arahan TG Presiden dikeluarkan.
Ya mereka sedikit di sana.
Tetapi signifikan.
Saya beri contoh DUN Kunak.
Calon Warisan menang dengan majoriti 268 undi menewaskan calon BN pada PRU14.
Tetapi jumlah undi yang diperoleh PAS dalam pertandingan 4 penjuru itu adalah 492.
Do the math.
Jika disiplin mereka setinggi ini, apa jaminan mereka akan khianat hanya dengan sekeping surat tiada nilai yang pemimpin PAN karang?
Move on-lah.
PAS sangat bahagia selepas kalian berambus!
Abdul Rahim Hilmi Zakariya