Falsafah Orang Yang Buat Salah (Bukit Relau, Pulau Pinang)

Falsafah Orang Yang Buat Salah (Bukit Relau, Pulau Pinang)

“Bukit Botak 1 digondolkan pada 2013, kerja-kerja pembersihan hutan di kawasan ini dilakukan tanpa kebenaran dan kemudiannya pemilik tanah telah dikenakan tindakan.

“Kini kawasan Bukit Botak 2 pula digondolkan juga menggunakan cara yang sama iaitu gondol dahulu, kemudian barulah pihak berkuasa ambil tindakan kepada mereka.” – Penasihat Penang Citizen Awareness Chant Group (Chant), Yan Lee. (1)

Tapi adakah penggondolan bukit itu salah?

Bukankah itu tanah persendirian?

Ingat tak apabila saya ceritakan dulu mengenai penggunaan rumah sebagai kedai ataupun restoran adalah salah dari segi perundangan? (2)(3)

Jadi bukit persendirian ini sama.

Ianya mungkin milik persendirian, tapi syarat ke atas tanah itu mungkin berlainan ataupun kelulusan dan permit yang membolehkan pengusahaan tanah itu sebagai tanah pertanian tidak diperolehi.

Dan itulah ceritanya yang dilaporkan di Malay Mail:

“Menurut Pengarah Jabatan Kejuruteraan MBPP A. Rajendran, dewan bandar raya mengeluarkan perintah berhenti kerja pada 5 Mac, tetapi pemilik tanah tidak mengendahkan pemberitahuan itu dan meneruskan kerja tanah haram yang tersebar di kawasan seluas 40 ekar di atas bukit berukuran antara 200 meter dan 350 meter .

Menurut Pusat Sehenti Dalam Talian MBPP, pemilik tanah mengemukakan permohonan untuk merancang kelulusan untuk melakukan kerja tanah untuk menanam pokok durian di empat petak tanah bukit pada 1 September. “(4)

Jadi pemilik tanah ni ditangkap buat kerja yang tidak ada kelulusan bulan Mac dan hanya memasukkan kertas kerja untuk mendapatkan kelulusan bulan September.

Dan ini bukan kali pertama pemilik tanah ini buat kerja macam tu. NGO Penang Citizen Awareness Chant Group (CHANT) group legal advisor Yan Lee menjelaskan pemilik tanah ini pernah buat pengondolan bukit yang dimiliki pemaju tanah pada tahun 2013 juga.

Yan Lee menjelaskan mengapa mereka ini begitu berani:

“Dia mengatakan denda untuk pembukaan tanah secara haram hingga RM50,000 hanyalah tamparan di pergelangan tangan, terutama ketika syarikat yang terlibat adalah pemaju yang membina projek bernilai jutaan ringgit.

“Terdapat kes sebelumnya di mana pesalah adalah pemaju yang bersembunyi di belakang anak syarikat mereka sehingga pengarah syarikat induk tidak terpengaruh dengan kes seperti itu,” katanya.

Dia mengatakan syarikat subsidiari dapat dengan mudah membayar denda ini yang dijatuhkan oleh mahkamah tetapi pengarah syarikat induk tersebut akan bebas dari hukuman. “(5)

Disebabkan adanya orang lain yang akan menanggung risiko kena denda dan tindakan undang-undang, pemilik sebenar (shareholder kepada syarikat memiliki tanah) boleh saja mengarahkan perbuatan haram tanpa risau.

Dan sekiranya ianya adalah denda kewangan saja, ianya akan direkod dalam laporan akaun syarikat sebagai ‘business expense’.

Dan cara ini digunakan oleh mereka yang kaya raya tanpa mengira bangsa mereka tu.

Bila kamu dah tahu macam mana sistem kerajaan berfungsi, kamu juga akan faham bagaimana nak mengelakkan diri daripada tanggungjawab.

Sebab itulah saya kadangkala bercerita pasal isu teknikal di sini, walaupun cerita sebegitu tidak begitu diminati orang ramai berbanding dengan penulisan politik pasal DAP dan PAS.

Tapi saya tulis juga sebab mana tahu kan, ada diantara kamu yang akan bangkit sebagai seorang ahli politik yang boleh membawa isu-isu ini ke tahap pembikinan polisi kerajaan yang dapat menangani masalah sebegini.

Saya akan akhiri penulisan ini dengan falsafah kehidupan sikit.

Seorang kawan pernah mengajar saya falsafah berikut mengenai cara nak buat sesuatu yang isterinya tak bagi dia buat:

“Lebih senang minta pengampunan dari minta kebenaran.”

Faham-fahamlah.

Peace

Pemilik tanah persendirian guna taktik sama gondol kawasan berbukit:

https://www.utusan.com.my/berita/2020/09/pemilik-tanah-persendirian-guna-taktik-sama-gondol-kawasan-berbukit/

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=604482010491734&id=337348560538415

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=604881433785125&id=337348560538415

Majlis bandar raya Pulau Pinang membawa pemilik tanah Relau ke mahkamah atas kerja-kerja pembersihan bukit secara haram:

https://www.malaymail.com/news/malaysia/2020/09/14/penang-city-council-takes-relau-landowner-to-court-over-illegal-hill-cleari/1903042

Kumpulan Pulau Pinang meminta mereka yang dipenjarakan secara haram dipenjara:

https://www.malaymail.com/amp/news/malaysia/2020/09/15/penang-group-calls-for-those-who-illegally-cleared-hills-to-be-jailed/1903398

Mak Khuin Weng – マク

Dalam Negeri