Dari Meja Mudir Madrasah Ke Meja General Manager Duyong Marina

Dari Meja Mudir Madrasah Ke Meja General Manager Duyong Marina

“Biar betul bekas mudir madrasah jadi General Manager Duyong Marina”

Itulah antara bualan staf-staf di Duyong Marina yang ceritanya sampai kepadaku, tatkala mengetahui Ust Wan Faizul bakal menerajui sebuah resort yang agak besar dan eksklusif awal tahun ini.

Demo tak kena bare boh.

Boleh cari sendiri background Ust Wan, yang pasti dia pernah menjadi Pegawai Tadbir Negeri (PTN) di Terengganu.

PTN nie seolah-olah PTD la di pusat.

Masuk je Duyong, antara perkara yang ‘Mudir Madrasah’ ini buat adalah memberdayakan Bytes Cafe di Duyong Marina.

Cafe sangat cantik kerana kedudukannya yang mengadap sungai dan laut.

Namun sebelum ini hanya mampu berikan hasil RM800 sehari je.

Dapat kat Ust Wan, Bytes Cafe mendapat kunjungan pelanggan melimpah-limpah, tak menang tangan.

Terpaksa ditambah kerusi, meja dan staf untuk handle Bytes Cafe sahaja.

Lagi syok, hasil jualan berlipat ganda.

Kini mereka telah berjaya mengutip sehingga enam angka dalam masa sebulan.

Fuh, dari cafe sahaja tu, belum sembang sewaan bilik.

Manakala untuk sewaan bilik pula, ianya sudah rapat siling, boleh dikatakan sentiasa penuh.

Beberapa hari lepas, Ust sebut dia nak fokus kepada perkataan Marina pula, merujuk kepada laut.

Pelbagai benda boleh buat depan resort nie untuk tarik pengunjung, dengan jetinya yang baik, menghadap pula Drawbridge, ‘berjiran’ dengan Pasar Payang dan ‘halaman’ air yang luas.

Tapi aku tak korek dalamlah, kita tunggu apa pula idea yang beliau nak bawa.

Cuma ust sebut semalam, ramai kata dia kurus.

Aku jawab terus, kurus mana ust, nampak sama je. Haha.

Sebab terus terang, boleh makan roti canai sarang burung free.

Kalau tak pernah try, boleh pi Marina Duyong.

Ahmad Fahmi Mokhtar

Pelancongan