Negara Sejahtera Menerusi Perladangan Dan Komoditi

Negara Sejahtera Menerusi Perladangan Dan Komoditi

Negara Sejahtera menurut perspektif Islam tidak hanya dilihat pada perspektif pelaksanaan undang-undang jenayah sahaja sebagaimana salah faham yang berlaku di kalangan penganut fahaman politik liberal dan sekuler.

Ia perlu dilihat pada kaca mata pelaksanaan dasar sosio ekonomi yang membawa keadilan dan kebajikan untuk semua tanpa mengira batas status sosio ekonomi.

Sistem percukaian berasaskan konsep zakat yang adil dan agihan pendapatan negara yang telus dan adil pada segenap lapisan masyarakat perlu menjadi asas sebuah Negara Sejahtera dengan Islam.

Sistem Wakaf (endowment fund) dan sumbangan bersifat jariah sebagai salah satu sumber pembiayaan perlu dipraktikkan bagi menampung keperluan pembangunan umat.

Ia mensasarkan kekayaan golongan elit untuk disalurkan kepada kebajikan rakyat awam.

Dasar sosio ekonomi Islam ini insyallah cuba saya praktikkan menerusi pelaksanaan hala tuju, dasar dan strategi Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi insyallah.

Ia mensasarkan kutipan hasil dari kekayaan industri huluan dan hiliran Komoditi untuk agihan semula ke arah pembangunan warga huluan Komoditi yang tercicir dan pembangunan warga industri hiliran Komoditi yang perlu diperkasakan.

Sedang membaca dengan asyik buku bertajuk السياسة المالية في التاريخ الاقتصادي الإسلامي ( Fiscal Policy in Islamic Economic History)

Dr Khairuddin Takiri

Ekonomi