Terdapat satu perkara yang gerakan politik anak muda perlu belajar dari politikus lama?
Untuk berkecimpung dalam dunia politik tidak cukup dengan hanya mempunyai semangat semata-mata.
Selain daripada mempunyai insight (pandangan) terhadap situasi semasa, seorang pemimpin sangat memerlukan foresight (pandangan jauh).
Apakah yang dimaksudkan sebagai foresight?
Foresight bermaksud pandangan jauh kehadapan (wawasan).
Lantas apakah faktor yang membantu seseorang pemimpin itu mempunyai foresight yang tajam?
Apakah perkara yang diperlukan untuk mempunyai foresight yang tajam.
Ilmu dan Pengalaman
Lihat kepada pemimpin politik zaman pra mahupun pasca kemerdekaan.
Tanpa mengira umur, rutin mereka adalah membaca dan menulis.
Budaya keilmuan melekat pada tubuh mereka seiring degan nuansa perjuangan yang di bawa.
Lihat pula kepada tokoh besar sezaman di dalam politik melayu.
Tun Mahathir, Tuan Guru Hj Hadi dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Membaca sudah menjadi makanan ruji seharian.
Tidak hairan pemikiran mereka melangkaui ilmu kita anak muda.
(Walaupun mungkin ada yang kita kurang bersetuju disebabkan kita kurang faham)
Paling mengkagumkan adalah Tuan Guru Hj Abdul Hadi.
Dalam kelelahan dan kesibukan mengurus parti yang besar ini namun Tuan Guru masih mampu bukan sahaja membaca bahkan masih terus-menerus menulis.
Tahukah anda buku tulisan Tuan Guru Hj Abdul Hadi sudah melebihi angka 100 buah!
Malu kita anak muda.
Punya banyak masa.
Namun kita hanya mampu berdegar-degar berkata tentang perjuangan sedangkan isinya kontang. Tiada isi.
Cuma semangat membara semata-mata.
“Sembang Lebat!”
Bak kata budak-budak zaman sekarang. tidak kira kita dari blok anak muda mana.
Namun untuk menjadi pemimpin politik yang baik.
Membaca mesti menjadi budaya kita anak muda.
Bak kata John C. Maxwell:
“Leader is Reader!”
Kita akhiri dengan serangkap pantun khas buat anak muda di luar sana.
Semangat semata tidak ke mana
Sulamkan ia bersama ilmu
Santuni yang lama gembeling yang muda
Malaysia Sejahtera insyaallah bertamu