KUALA LUMPUR 17 APRIL 2017. Naib Presiden Amanah, Datuk Husam Musa ketika sidang media berhubung saman fitnah beliau yang ditaja Genting di Wisma Amanah Negara. NSTP/SADDAM YUSOFF
Dalam Sinar Live pada 16 September 2020 Husam Musa telah menerangkan mengenai beberapa perkara yang telah beliau sendiri lakukan serta beberapa perkara yang sepatutnya AMANAH lakukan yang menunjukkan bahawa pemikiran beliau adalah jauh lebih terkehadapan berbanding pemimpin-pemimpin tertinggi AMANAH yang lain.
Tidak hairanlah bila Moderator Sinar Live, Haslina AR Kamaludin, membacakan komen daripada seorang penonton bernama Alias Zai yang berbunyi “Husam paling layak jadi Presiden AMANAH, bukannya Abang Mat, AMANAH perlu berani buat perubahan, Abang Mat perlu berjiwa besar (dengan berundur daripada jawatan Presiden AMANAH)”.
Semalam, 19 September 2020, melalui ucapan beliau dalam Mesyuarat Tahunan AMANAH Kubang Kerian Husam Musa sekali lagi telah menunjukkan bahawa pemikiran beliau adalah jauh lebih terkehadapan berbanding pemimpin-pemimpin tertinggi AMANAH yang lain melalui beberapa pendedahan ke atas apa yang telah dan apa yang patut berlaku.
Antara perkara yang telah didedahkan oleh Husam Musa ialah mengenai tindakan beliau memaklumkan kepada pimpinan tertinggi AMANAH pada bulan April 2019 dan pada bulan Julai 2019 bahawa Kerajaan PH akan tumbang tetapi yang langsung tidak diambil berat oleh pimpinan tertinggi AMANAH sehinggalah Kerajaan PH benar-benar tumbang.
Kita ikuti kenyataan Husam Musa tersebut: “Saya telah memberikan pandangan saya kepada pimpinan tertinggi AMANAH bahawa Kerajaan PH akan tumbang seawal bulan April 2019.
Boleh tanyalah pimpinan, saya tak boleh namakan dia pada pagi ini.
Bulan Julai 2019, sekali lagi saya jumpa mereka saya nyatakan pandangan saya, “Kerajaan tuan-tuan akan tumbang, tolonglah sebagai Menteri tuan-tuan buat sesuatu yang rakyat suka macam tindakan Erdogan di Turki dan jangan tersalah langkah macam Morsi di Mesir”.
“Bulan Julai 2019, kali yang kedua.
“Kemudian kerajaan tumbang sungguh.
“Saya beritahu bulan April 2019 lagi, kerajaan tumbang bulan Mac 2020, hampir setahun, kalau nak buat persiapan sempat.
“Tapi pada masa itu orang tak percaya pandangan saya.
“Orang anggap ini mustahil.”
Kita tunggu dan lihat sahaja komen pimpinan tertinggi AMANAH mengenainya, jika ada.
Sumber: Ucapan Datuk Husam Musa dalam Mesyuarat Tahunan AMANAH Kubang Kerian pada 19 September 2020 yang boleh ditonton di sini”
https://www.facebook.com/111802716860523/videos/3079815625474246/?v=3079815625474246
