Janji Bantuan/Pembangunan Memang Dibenarkan

Janji Bantuan/Pembangunan Memang Dibenarkan

7 calon DUN PKR dalam PRN Sabah hari ini dilaporkan menyatakan rasa terkilan terhadap kenyataan PM bahawa akan ada lebih banyak bantuan disalurkan sekiranya pengundi Sabah memilih parti kerajaan persekutuan.

Kata 7 calon DUN PKR ini, PM tidak harus mengugut rakyat Sabah dengan mengeluarkan kenyataan sebegini dan sekiranya PM tidak mampu menjunjung semangat federalisme sewajarnya beliau meletak jawatan sebagai PM.

Sebenarnya, bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan undang-undang, isu begini sudah tidak berbangkit lagi kerana mahkamah tertinggi negara telah pernah beberapa kali memutuskan bahawa janji bantuan/pembangunan adalah ok.

Dalam kes Re Pengkalan Kota By-Election; Teoh Teik Huat v Lim Kean Siew & Anor [1981], Hakim Tan Sri Eusoffe Abdoolcader telah memutuskan:

“The words allegedly uttered (by Tengku Razaleigh Hamzah)… did not perforce pose or constitute a promise or pre-engagement by him in his personal capacity with any corrupt intention of any designated sum of money of valuable consideration to or for any one or more particular elector or voter for corrupt inducement to exert his or personal predilection at the polls in favour of the first respondent.”

Maksudnya:

“Kata-kata yang didakwa diucapkan (oleh Tengku Razaleigh Hamzah) … tidak berlaku atau menimbulkan janji atau janji pertunangan olehnya dalam keadaan peribadinya dengan niat korup dari sejumlah wang yang ditentukan untuk pertimbangan berharga kepada atau untuk satu atau lebih pengundi atau pemilih tertentu kerana dorongan korup untuk melakukan pilihan peribadi atau peribadinya pada pemilihan untuk responden pertama pengundi. “

Lebih baru lagi, dalam kes Wong Hua Seh v Ding Kuong Hiing [2009], Hakim Tun Arifin Zakaria juga telah memutuskan:

“In any election the candidate is bound to make promises to bring development to the constituency in which he is standing, this alone in our respectful view could not constitute “bribery” as used in the Act, otherwise the whole process of election will be meaningless.

“For how else could a candidate appeal to the electors to vote for him.”

Maksudnya:

“Dalam pemilihan apa pun, calon harus membuat janji untuk membawa pembangunan ke konstituensi di mana dia berdiri, ini semata-mata dalam pandangan kita yang hormat tidak boleh dianggap sebagai” rasuah “seperti yang digunakan dalam Undang-Undang, jika tidak, keseluruhan proses pemilihan tidak akan ada artinya .

“Untuk bagaimana lagikah calon boleh meminta para pemilih untuk memilihnya.”

Takkanlah 7 calon DUN PKR ini tak faham Bahasa Inggeris?

Dan macamlah PM dan TPM sebelum ini tak buat benda sama?

Kamarul Yusoff

Politik