Mohon kerjasama dari semua penternak, peraih atau sesiapa sahaja yang berkenaan agar tidak melakukan pemindahan ternakan dari daerah yang sedang dilanda wabak hawar berdarah ke daerah lain tanpa kebenaran Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Negeri Terengganu.
Hari ini Penguatkuasa JPV Terengganu menahan sebuah lori dengan 2 ekor kerbau yang disyaki cuba dipindahkan dari daerah berlaku wabak tanpa kebenaran Pengarah JPV.
Ini adalah kesalahan yang serius dan menyumbang kepada penyebaran wabak penyakit ke kawasan yang lebih luas.

Kes disiasat mengikut Warta Kerajaan Negeri Terengganu, Perintah di Bawah Subseksyen 36 (1) Akta Binatang 1953, Kawasan Kawalan Penyakit Kuku dan Mulut dan Penyakit Hawar Berdarah kerana melakukan pemindahan tanpa kebenaran Pengarah JPV Terengganu.
Jika di sabitkan kesalahan boleh di denda tidak melebihi RM15 ribu.
Larangan keras ini perlu diambil perhatian oleh semua pihak demi kepentingan bersama.
Daerah yang terjejas sekarang ialah Marang dan Kuala Terengganu.
Pemindahan ternakan dari daerah lain yang tak terlibat juga perlu mendapat kebenaran JPV.
Dr Azman Ibrahim
Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu