Air: Antara kehidupan dan kematian

Air: Antara kehidupan dan kematian

Dari segi sains manusia boleh hidup sampai tiga minggu sahaja tanpa makanan tetapi manusia tidak boleh hidup lebih dari 4 hari tanpa meminum air.

Tetapi pelik kita lebih takut tidak ada makanan daripada tidak ada air.

Ini pentingnya air, tetapi kita manusia ambil remeh.

Ada sumber air seperti sungai kita biarkan dicemari kilang-kilang haram.

Kerajaan negeri pula, ada yang sanggup dirasuah oleh kilang-kilang haram yang meracuni sungai-sungai kita sedangkan mereka sendiri pun perlukan air yang bersih untuk hidup.

Pentingnya air kepada manusia sampai air hujan disebut 18 kali dan sungai disebut 54 kali dalam tafsir Al Quran.

Allah sebut air hujan/sungai untuk antaranya kita minum, untuk tumbuhan dan ternakan, dan lain-lainnya.

Masalahnya kenapa kita sendiri meracuni air keperluan kita sendiri?

Bodoh ke cerdik tindakan kita ini?

Seandainya tasik tadahan air kita disabotaj atau diracun oleh musuh umpamanya, dimanakah alternatif kita untuk dapat bekalan air?

Kalau perang nuklear, mungkin habis air tadahan tercemar dengan bahan radioaktif, dimanakah kita hendak cari segelas air bersih?

Mampukah kita hidup lebih dari seminggu?

Dimanakah pemikir, saintis dan politikus hebat kita?

Cukup-cukuplah melindungi pencemar dan perasuah sumber air negara.

Mohon kita sama-sama fikirkan alternatif sumber air untuk hidup dan kegunaan harian kita.

Kalau jabatan air potong bekalan air satu hari sahaja untuk baiki paip pecah pun kita sudah resah dan marah, inikan pula satu minggu.

Mujur ada air mineral.

Kalau satu bulan putus bekalan air pula macam mana?

Pasaraya Smart pun tidak mampu untuk menyediakan keperluan air mineral untuk seluruh rakyat Kuantan kalau satu bulan putus bekalan air.

Allah turunkan hujan untuk nikmat dan faedah manusia, tetapi malang masih ada manusia yang tidak bersyukur atau tidak menyayangi air yang diturunkan Allah sebagai rahmatnya untuk manusia dengan mencemari sumber-sumber air.

Semoga kerajaan mengenakan tindakan yang lebih tegas keatas dalang-dalang yang meracuni sumber air minuman kita dengan bahan toksid.

Dr Muslim

Isu Semasa