Hari ini YB Dr. Azman Ibrahim telah merasmikan Program Briged Kawalan Musuh Tanaman di kawasan sawah padi IADA Ketara Besut.
Antara fokus program ini ialah untuk mengawal musuh tanaman secara biologi.
Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah penanaman pokok Turnera, Lantana dan Ros Jepun di atas batas padi.
Menurut Dr. Azman tumbuhan ini akan mengundang kehadiran serangga yang menjadi musuh semulajadi kepada ulat yang selalu menyerang padi seperti ulat daun dan ulat pengorek batang.
“Secara tak langsung kita cuba kurangkan penggunaan racun makhluk perosak dalam penanaman padi, kata Dr. Azman.
Dalam masa yang sama, penanaman pokok-pokok yang berbunga ini akan menghasilkan pemandangan persekitaran yang indah di sawah padi.
“Bolehlah pengantin baru buat outing tangkap gambar atas batas padi,” kata Dr. Azman sambil bergurau.









