PAS Adalah Seperti Masakan Ibu

PAS Adalah Seperti Masakan Ibu

“PAS adalah seperti masakan ibu, simple tapi berkhasiat.

“Bersatu adalah makanan bufet kat hotel 5 bintang, nampak cantik tapi semua frozen items!”
Shamsher Singh Thind, 20 April 2018

https://www.facebook.com/ss.thind/posts/1922106184467471

‘PAS ini ibarat ibu bapa yang suka berjudi, kemudian bila kalah judi dia mahu lacurkan anak.’ – Mahfuz Omar, 20 September 2020

https://www.malaysiakini.com/news/543335

Saya suka PAS sebab parti ini satu-satunya yang tak lari daripada tujuan asal ia ditubuhkan.

Walaupun ramai juga ahli PAS yang keluar untuk membentuk PAN, dan walaupun PAS terpaksa bersaing dengan UMNO dan PH (yang diwakili oleh PAN & Bersatu) dalam PRU 14, PAS mampu menang bergaya di Terengganu dan Kelantan.

PH satu kerusi pun tak lalu nak menang di Kelantan dan Terengganu walaupun PH menang di peringkat persekutuan mengalahkan UMNO/BN!

Satu lagi fakta menarik adalah kelayakan akademik tertinggi ahli-ahli PAS.

Ijazah Master dan PhD bagaikan kelayakan biasa untuk calon-calon PAS yang bertanding, sampai ada yang mempunyai dua Ph.D, itu pun dari universiti yang diiktiraf, bukan sijil palsu dari Scambridge atau Penang Bridge University.

So, PAN, sudahlah.

Tak payah nak hina PAS lagi.

Kalau hangpa ni terer sangat, cuba menang sekurang-kurangnya satu kerusi di Terengganu atau Kelantan.

P.S. “Paan” dalam bahasa Hindi bermaksud sireh. Dan paan adalah untuk dikunyah dan kemudian diludah.

Mungkin itu juga nasib hangpa PRU 15 nanti.

Kononnya nak selamatkan diri daripada ibubapa yang suka berjudi, tapi sebenarnya lari dari rumah untuk melacurkan diri dengan orang-orang yang suka berjudi.

You know what I mean?

DR. SHAMSHER SINGH THIND

Politik