Sebab ada pemimpin Warisan bodoh yang kata polis/tentera cuma berperang dengan ayam dan anjing ketika krisis Lahad Datu, maka elok rakyat diingatkan bagaimana zalimnya pengganas Sulu lakukan kepada perwira kita.
1. Sarjan Baharin Hamid dicacatkan.
Otak dan mata kanannya hilang daripada tengkorak.
Terdapat kelaran pada mukanya.
2. Leher Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran dipenggal.
Terdapat luka pada badan, kulit dan dagingnya.
Mukanya dikoyakkan dan hanya kelihatan tulang muka sahaja.
3. Leher Lans Koperal Salam Togiran hampir putus.
Kepalanya hanya melekat pada tubuhnya dengan beberapa inci kulit pada lehernya.
4. Kesan kelaran terdapat pada kepala dan badan Sarjan Abdul Aziz Sakiran.
5. Terdapat kesan kelaran pada kepala dan badan Superintenden Ibrahim Lebar.
6. Bahu dan dada ASP Michael Padel mempunyai kesan luka dan kecederaan.
Ini saya ekstrak daripada keterangan Inspektor Jamirin Kintai dalam perbicaraan melibatkan 30 suspek pengkhianat di Mahkamah Tinggi Sabah, 6 tahun lalu.
Kesemua 6 wira ini terkorban dalam satu serangan hendap Pengganas Sulu di Kampung Simunul, Semporna pada tahun 2013.
Mereka tidak berperang dengan anjing.
Mereka tidak berlawan dengan ayam.
Penghinaan ke atas wira negara ini hanya akan dilakukan oleh mereka yang tidak ada nilai patriotik di dalam jiwanya.
Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Video: Cerita dan pengalaman sebenar yang di kongsi oleh Koperal Mohamed Qaiyum ‘Aiqal Bin Zolkipli dari pasukan VAT69 PDRM semasa diarahkan untuk menyertai ‘Ops Daulat’ semasa inisiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu.
Dalam insiden pencerobohan tersebut beberapa orang anggota keselamatan telah terbunuh semasa kejadian berbalas tembakan dengan anggota pengganas.
