Permintaan CCJ Tidak Masuk Akal! – Dato’ Idris Buang

Permintaan CCJ Tidak Masuk Akal! – Dato’ Idris Buang

Umpama rumah sudah siap, pahat baru berbunyi maka begitulah perangai pemimpin DAP Sarawak iaitu Chong Chieng Jen dan kuartet DAPnya.

Setelah Petronas membayar Sarawak sebanyak RM2.65 bilion dua hari yang lepas, alih-alih si CCJ mengeluarkan kenyataan bahawa SARAWAK HARUS MEMULANG CEK TERSEBUT KERANA SARAWAK TELAH MENGGADAI HAKNYA DI DALAM MINYAK DAN GAS DI SARAWAK.

Itulah perangai CCJ yang hanya tahu memanipulasi akan hal tersebut biarpun dia mungkin ingat kita rakyat Sarawak terlalu bodoh untuk mempercayai kenyataan beliau tersebut.

Menjawab isu yang diutarakan oleh CCJ tersebut, Dato Idris Buang yakni Ketua Penerangan PBB Sarawak telah mengeluarkan kenyataan balas beliau seperti berikut:

JAWAPAN BALAS DARI DATO IDRIS KEPADA CCJ

Chong Chieng Jen (CCJ) dan pasukan DAPnya sememangnya pengkritik yang hebat namun begitu kritikan mereka langsung tiada kredibiliti apabila membicarakan perjuangan Sarawak menuntut hak di dalam Perjanjian Malaysia 1963.

Lihat sahaja selama mereka memerintah Persekutuan selama 22 bulan, apakah ada tindakan terpuji yang mereka lakukan di dalam perjuangan menuntut hak kita?

Dek kerana ketidakberkesanan dan kegagalan mereka itulah maka tidak menghairankan saban hari mereka menjadi bahan sindiran warga netizen Sarawak.

Dan sekarang CCJ tampil dengan permintaan untuk Kerajaan Sarawak mengembalikan cek Petronas bernilai RM2.9 bilion bagi pembayaran SST adalah satu permintaan yang sangat mengelirukan dan jelas tidak rasional.

Pertama, izinkan saya untuk mengingatkan bahawa ketika PH/DAP sebagai Kerajaan Persekutuan, apakah pernah mereka berusaha untuk menangani soal PDA 1974 yang kontroversial dengan cuba untuk mengubahnya atau membatalkannya?

Jawapannya TIDAK.

Hakikatnya mereka boleh sahaja melakukankannya dengan mudah iaitu hanya dengan majoriti sederhana.

Namun pada saat itu mereka lebih memilih untuk TIDAK MELAKUKAN APA-APA.

Kenapa begitu?

Ini kerana andai mereka cuba memansuhkan atau menghapuskan PDA 1974 maka secara sah keberadaan Petronas sebagai syarikat minyak nasional Malaysia akan terhapus lantas hal ini tidak baik untuk PH yang memerintah pusat pada waktu itu.

Sekaligus kewangan PH akan goyah kerana dari Petronas inilah aliran tunai mereka dituntut untuk kesinambungan pemerintahan PH dek kerana ekonomi Malaysia semasa PH amatlah meruncing.

Kedua, semua tahu apabila PH/DAP berkuasa di peringkat Persekutuan pernah tidak mereka cuba mengembalikan hak Sarawak seperti yang dicatitkan di dalam Perjanjian Malaysia?

Jawapannya TIADA!

Malah lebih menambah duka kita semua, mereka sanggup mengkhianati rakyat Sarawak dengan bersekongkol bersama Kerajaan Persekutuan untuk membatalkan projek-projek infrastruktur yang telah diluluskan di Sarawak tidak kira kecil atau besar.

Ketiga, samada CCJ suka atau tidak, dia mestilah menerima hakikat bahawa Ketua Menteri Abang Jo dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) itulah yang menjadi TONGGAK PENTING di dalam merealisasikan hak-hak Sarawak di dalam MA63 itu tercapai.

Dan hal ini langsung tidak difikirkan oleh PH/DAP selama ke hari ini.

Kerana kebijaksanaan Kerajaan Sarawak inilah maka 5% SST dilaksana dan dikuatkuasa serta dipatuhi oleh semua pihak.

Sekaligus menambah aliran pendapatan Sarawak dengan pembayaran cukai saban tahun disamping pembayaran tunai 5% royalti minyak dan gas.

Keempat, samada CCJ suka atau tidak, dia mesti menerima hakikat bahawa Petronas sebagai pemain industri minyak dan gas telah menerima tanggungjawab mereka untuk membayar cukai jualan sepertimana pemain industri minyak dan gas yang lain di Sarawak.

Sekaligus ianya juga membenarkan bahawa Petronas sudah menerima kedaulatan Sarawak ke atas sumber semulajadi dengan membayar cukai tersebut.

Kejayaan CM Abang Jo dan pasukannya merupakan hadiah paling manis bersempena dengan Hari Malaysia tahun ini untuk seluruh rakyat Sarawak.

Dan ianya tidak terhenti setakat ini sahaja kerana ada banyak lagi berita gembira yang akan disampaikan buat seluruh rakyat Sarawak pada tahun-tahun yang mendatang.

Peluang di dalam kolaborasi bersama, penyertaan equiti di dalam bidang usaha baru yang disediakan akan terus menyokong Sarawak untuk lebih berdaya-saing sebagai negeri pengeluar minyak dan gas di Malaysia.

Saya cukup yakin bahawa Kerajaan Sarawak akan sentiasa memutuskan apa yang terbaik untuk Sarawak demi masa depan rakyat Sarawak itu sendiri.

Seharusnya CCJ berhentilah dengan permainan politik mencerca dengan memperlekehkan lawannya hanya menjaja fakta-fakta palsu semata-mata.

Permintaan beliau yang meminta Sarawak mengembalikan cek RM2.9 bilion adalah PERMINTAAN YANG LANGSUNG TIDAK MASUK DEK AKAL!

DATO IDRIS BUANG

KETUA PENERANGAN PBB

19hb September 2020

TAMAT

Begitulah jawapan balas daripada Dato Idris Buang kepada CCJ yang semakin hari semakin tiada modal hanya kerana termakan kata-kata sendiri setelah hampir 22 bulan dahulu menjadi salah satu blok pemerintah di peringkat Persekutuan.

Mungkin ramai lagi masih ingat bagaimana CCJ gah berkata bahawa andainya PH menjadi memerintah Persekutuan, royalti 20% dan 50% hasil cukai AKAN DIKEMBALIKAN KEPADA SARAWAK TANPA SYARAT dan TIDAK PERLU LOMPAT-LOMPAT.

Hakikatnya HABUK PUN TIADALAH!!!

SEMBANG MANYAK KUAT WOO!

Dalam Negeri