Pelik tak rasanya dengan sikap orang kita.
Kebun Musang King haram yang mengkayakan bangsa dia, puluhan tahun tidak ada orang kita tahu.
Ya mungkin kalau orang kita tahu pun sedikit sahaja dan kemudian buat-buat tak tahu.
Perniagaan yang sangat menguntungkan.
Sangat kaya orang yang memilikinya.
Entahkan betul pula bualan orang yang kemungkinan ada juga bahan galian emas di sana.
Jika benar, tanah yang diteroka haram itu, atas dapat tuai, bawah pun dapat dikorek hasil.
Bukan murah-murah Musang King yang dijual.
Bukan sahaja dalam negara, malah ke luar negara juga.
Bangsa mereka begitu bagus, utuh memegang rahsia kekayaan mereka.
Mereka berbahagi sesama mereka.
Mereka ada persatuan, tidak kedekut, tidak berpecah.
Berbeza dengan kita, jika berjumpa emas, pada waktu mula-mula, bagus sekali bersatu hati.
Tidak lama kemudian berkelahi disebabkan ada yang tidak mahu bersepakat, kemudian rahsia emas itu pula diketahui orang.
Daripada berdua, jadilah sekampung yang tahu.
Bertambah besar lagi kelahi kita.
Wala’ kaum mereka kepada ketua persatuan mereka, sangat mengagumkan.
Yang hairannya, ada orang meminta kita memisahkan wala’ dari ketua bangsa kita sendiri sebagai tanda kebebasan kononnya.
Tapi mereka, kekal setia kepada bangsa mereka.
Tidak kiralah hasilnya haram atau halal dari segi undang-undang.
Asalkan menguntungkan mereka, semuanya bagus.
Fahamilah dengan waras.
Apa-apa sahaja yang benar-benar menguntungkan mereka, mereka akan sembunyikan dari pengetahuan orang lain (baca bangsa lain).
Satu sen pun tidak akan mereka kongsi.
Mereka lebih rela menjahanamkannya daripada diambil orang.
Sama-sama tidak dapat.
Padan muka engkau, padan muka aku.
Jadi, apa sahaja yang ditawarkan oleh mereka dengan janji akan memberikan kemewahan, kekayaan, kebahagian kepada kita, maka ketahuilah ia adalah penipuan semata-mata.
Tidak lebih hanya satu iklan bagi mengaburi mata kita, disebalik semua itu, pasti kita akan digunakan mereka untuk mengkayakan mereka.
Samada duit atau tenaga kita.
Sebagaimana ‘scam’, along, skim cepat kaya, gores dan menang, semua itu kebanyakannya didalangi oleh mereka.
Adakah kita benar-benar menjadi kaya?
Tidak.
Mereka duduk di atas menjadi pengurus skim, orang kita duduk di tengah, mencari mangsa di bawah yang terdiri dari bangsa kita juga.
Yang berkelahi kita sesama kita.
Tukang cari mangsa dan yang jadi mangsa.
Mereka lari dengan hasil, kita bertinju selepas rugi.
Cuba lihat juga kepada sesuatu yang menguntungkan mereka selain daripada kekayaan iaitu politik.
Mereka berebut-rebut mendaftarkan pemuda pemudi mereka bagi melayakkan mereka mengundi.
Pastinya lojik yang mudah, banyak undi, akan menang atau boleh menjadi kuasa pendesak.
Meminta itu dan ini, tidak pernah mereka kerugian.
Politik adalah salah satu kewajipan mereka.
Namun anak-anak muda kita layu.
Hampir empat juta masih tidak mendaftar, majoritinya anak bangsa kita yang tidak faham dan kenyal menghadapi politik.
Bagi mereka kononnya politik kotor, berhimpunnya segala macam penipu dan pencuri samada bertali leher, mahupun berserban di dalam politik ini.
Mahu sahaja mereka melupakan politik yang jijik itu.
Tetapi mereka lupa yang mereka akan menjadi keldai kepada bangsa lain nanti dengan sikap mereka ini.
Bukti telah diberikan, apa-apa sahaja yang menguntungkan bangsa mereka, mereka akan kejar dan kerjakan dengan bersungguh-sungguh.
Mereka hanya menggunakan kita dengan lakonan baik dan amanah mereka bagi mengisi kekosongan jiwa anak muda bangsa kita yang dikatakan dahagakan keadilan.
Dan bermulalah mimpi ngeri bangsa kita apabila memberikan kepercayaan kepada mereka.
Lihat apa yang terjadi kepada negara selama 22 bulan dahulu?
Jika dengan sedikit kuasa itu telah menampakkan taring mereka, maka adakah kita mahu diterkam dan dipatahkan tengkuk dahulu, baru kita mahu sedar.
Bangsa kita mesti dibangun, dibangkitkan menyedarkan mereka yang tidak mendaftarkan diri untuk mengundi adalah satu bentuk tindakan menjual masa depan negara kepada orang lain.
Mohd Nasir Abdullah
Klik pautan untuk mendaftar: