Foto: Hari Bersama Komuniti

Foto: Hari Bersama Komuniti

Seawal jam 8.30 pagi minum pagi di kedai Cik Ana Durian Burong bersama MPKK kg Durian Burong Wan Kamarudin (Kamal gas).

Seusai mimum pagi terus di bawa ziarah ke 8 buah rumah sekitar Durian Burong antaranya rumah Pok Leh, Pok cik Muhammad yang stroke, Pok soh sayur, rumah Cgu Hashim, Mak cik Maimunah, rumah Zaharah, seterusnya kerumah pengerusi MPKK Durian Burong yang baru menerima cahaya mata ke 8.

Ziarah seterusnya ke Kg Paloh Sg Kiat rumah Makcik Ngah bt Saleh dan rumah Cgu Zainon yang mana keduanya mengalami masalah lumpuh separuh badan.

Rumah ke 12 di Kg Paloh Sungai Kiat ialah rumah En Hasan menyampaikan sedikit sumbangan buat anaknda beliau yang akan menyambung pelajaran ke Universiti.

Tengahari team YB Wan Sukairi kerumah yang ke 13 OKU lembam pembelajaran Hasmah Ibrahim 38 tahun di Kg Seberang Baroh yang di dapati hilang dari rumah pagi kelmarin namun telahpun di jumpai.

Akhir sekali menamatkan ziarah ke rumah Abd Aziz Ramli (49) tahun di Kg Gong Pauh yang di uji dengan sakit gout yang agak kronik.

Ya Allah, sesungguh tiada daya dan upaya kami melainkan dengan izinmu jua.

Permudahkan kesembuhan dan permudahkan urusan mereka yang di uji ini.

Engkau jua sebaik tempat kami meminta pertolongan.

Maka tolonglah kami.

Team YB Wan Sukairi

Terengganu