Gila Kuasa

Gila Kuasa

Sidang media Anwar semalam memang mengundang sesuatu.

Suka atau tidak, dia sudah pun menjadi perbahasan disemua peringkat, samada media sosial atau konvensional.

Malang, buat kesekian kalinya, sesetengah kita samada atas pagar atau yang aktif berpolitik sekalipun, melihat ianya satu simbol dan menilai bahawa politik itu sekadar alat bagi merealisasikan kegilaan untuk memegang tampuk kekuasaan.

Adakah benar semua ahli politik itu macam Anwar?

Adakah Ulama dalam parti yang “mengunakan” Islam sebagai dasar perjuangan juga tidak ikhlas dalam memperjuangkan agama, bangsa dan negara melalui platform politik?

Kenapa politik itu begitu kotor di mata kita?

Sebagai ahli PAS, suka saya mengingatkan, (9) daripada (10) orang sahabat Nabi (S.A.W) yang diberi pangkat RadhiAllahu ‘anhu (R.A) itu adalah ahli politik, manakala hanya seorang sahaja dari mereka yang benar-benar ahli perniagaan.

Bacalah sirah Nabi.

Rujuk pada ustaz sekitar kamu.

Nisbah 9:1 itu tentu menyedarkan kita tentang kepentingan dan kesucian politik di mata Islam.

Tidak ada pangkat yang lebih besar dari (R.A) kerana ia adalah jaminan redha dari Allah.

Maka, agak keterlaluan jika ada sesetengah kita yang menyamakan semua ahli politik itu dengan kegilaan yang Anwar sedang lakukan.

MAKNA POLITIK

Bagi ahli PAS, politik diterjemahkan sebagai “mendirikan Agama, dan mentadbir Dunia dengannya”.

Itulah makna politik yang sebenar.

Sebab itu apabila MP PAS diberi jawatan Menteri, segala gerak kerja mereka ada kaitan dengan Agama.

Bahkan boleh pula disertakan dalil Quran Dan Sirah Nabi.

Menteri Alam Sekitar mengaitkan dosa dengan pelaku yang merosak Alam sekitar dan pahala yang berkekalan bagi mereka yg menanam pokok tepi jalan.

Menteri Komoditi pula mengajak pekebun sedar bahawa “Sawit anugerah Tuhan”.

Bukan semata-mata benih yang baik atau kecanggihan alat pertanian.

Semua perkara ini akhirnya membawa kita kepada “mendirikan Agama”.

Sedar bahawa tiada satu perkara pun yang kita lakukan di atas Dunia ini terlepas dari gesaan supaya ingatkan Allah, dan melaksanakan segala perintahnya.

Perkara-perkara sebeginilah yang menjadikan Dap rimas dengan PAS, dan bertindak menolak persepakatan dgn TGHH.

Tak percaya tanya Teresa Kok.

“Sikit-sikit nak sebut nama Tuhan,” katanya.

JAWATAN POLITIK

Saya ambil contoh paling atas, iaitu TGHH sendiri sebagai asas.

Selaku Presiden PAS, kerapkali kita dengar cerita beliau tolak jawatan PM.

Dia lebih rela jadi nelayan jika Malaysia benar-benar ditadbir mereka yang utamakan Islam.

Tak kiralah yang jadi PM itu dari parti apa sekalipun.

Selagi dia tidak melanggar prinsip yang ditetapkan selagi itulah TGHH akan sokong.

Percayalah, jika terbukti TSMY melakukan kesilapan, bukan sahaja PAS menolak sokongan terhadapnya sebagai PM, malah mengisytiharkan “perang” ke atas semua ahli PPBM.

Kami berani kerana pemimpin PAS tidak ada apa-apa “hutang” pun.

Ini kerana TGHH sendiri menolak Jawatan Menteri Kanan yang ditawarkan kepadanya sekalipun TSMY sendiri membuka peluang pada TGHH utntuk memilih jawatan yang dia mahu dalam apa-apa sahaja portfolio yang dia suka.

Boleh rujuk Mufti Perlis Dr Maza sendiri dalam perkara ini.

Maka, menjadi suatu perkara yang amat dikesali oleh kami ahli PAS, jika ada tuduhan bahawa MP PAS ini Gila Jawatan.

Jika TGHH sendiri selaku pemimpin tertinggi menolak untuk terima jadi Menteri, maka siapa pula MP PAS dibawah beliau yang berani gilakan Jawatan?

TGHH setakat ini hanya bersetuju untuk jadi Duta Timur Tengah.

Kerana semua orang tahu… beliau adalah bekas Ketua lajnah (biro) politik antarabangsa dalam Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS).

Bidang tugas yang tidak jauh beza dan memang menjadi kepakarannya.

KESIMPULAN

Percayalah, sokongan PAS terhadap TSMY bukan sebab kami gila sangat dengan Jawatan Menteri.

Jawatan yang diberi atas kehendak PM sendiri.

Sehingga ada antara ahli pada mulanya kecewa PAS sekadar diberi portfolio kementerian yang kecil.

Namun, sikap professional membuktikan kementerian yang disangka kecil itu lebih menonjol berbanding Kementerian Ekonomi atau mana-mana menteri yang didakwa sebagai Menteri Kanan.

Tiada sedikitpun budi yang perlu dibalas, atau hutang yang mesti dibayar oleh PAS terhadap PPBM.

Selagi TSMY masih merujuk pada semua orang dalam perancangannya, melakukan kerja dengan betul dan tidak melanggar kedaulatan Islam dan Melayu, maka tiada sebab untuk kami menolaknya sebagai PM.

Wallahua’lam.

Mohd Taufik

Dalam Negeri