Seluruh Dunia masih bergelut mencari vaksin Virus Corona Covid-19.
Sehingga sekarang Allah masih tidak mengizinkan penemuannya dalam kemelut yang manusia hadapi.
Kita diajar untuk mengadaptasi kehidupan ini dengan lebih saksama sewaktu Covid-19 masih tidak hilang.
Nyawa manusia sentiasa terancam tidak terkecuali mereka yang bergelar YB.
Malangnya segelintir ahli politik negara kita lebih kepada sifat mementingkan diri.
Mari kita sama-sama renung dan congak, perlukah kerajaan yang ada sekarang ditukar?
Mei 2021 akan genap tiga tahun selepas PRU14.
Covid-19 belum tentu berakhir sehingga tarikh tersebut.
Kita hendak tanya kepada Ketua Pembangkang, solusi apa yang dapat dibuat untuk memulihkan ekonomi Malaysia, sedangkan apabila kenyataan sidang akhbar mengatakan Pembangkang PH mempunyai suara majoriti di Parlimen tiba-tiba sahaja Bursa Saham Malaysia jatuh.
Apa tandanya?
Apakah keyakinan pelabur begitu samar atau tidak pasti terhadap kewibawaan Ketua Pembangkang meskipun mereka sudah kenal siapa Ketua Pembangkang yang pernah menjadi TPM dan Menteri Kewangan.
Hari ini rakyat sedang memerhati siapa yang boleh diharapkan memacu negara dalam suasana getir ini.
Mungkin segelintir mereka yang bergelar YB tidak sedar kebanyakan rakyat marhaen sedang bertumpas pulas mencari jalan mendapatkan rezeki untuk keluarga.
Yang bergelar YB sudah tidak perlu memikirkan keperluan harian, tumpuanpun terpesong pada menjaga kepentingan rakyat kepada sifat mementingkan diri merebut jawatan.
Yang eloknya YB DSAI tunggulah, jangan beria-ia hendak jawatan, bahayanya bila sudah perolehi gagal pula memikul tanggung jawap itu lalu jadilah ia Istidraj yakni nikmat yang Allah kurniakan lupa pula untuk bersyukur dan berterusan melakukan kemaksiatan.
THR