Nyatakan Yang Benar!

Nyatakan Yang Benar!

“Walau apa sekalipun, pintu istana jangan pecah, baju raja jangan carik,” Dato’ Bahaman.

Aku dahulukan:

“Negara jangan goyang, agama jangan gadai dan bangsa jangan malang”.

Aku memerhati rapat dengan ribut politik bersendikan amalan sekular berbaju demokrasi.

Terlalu kompleks dan abstrak tindakan beberapa pemainnya.

Seolah negara di corak oleh segelintir berkepentingan peribadi.

Bila mana Anwar Ibrahim buat celaka lagi dengan sidang media mengumunkan kejatuhan kerajaan PN, akibatnya menyumbang kejatuhan bursa saham.

Justeru di mana keyakinan pelabur kepada keberadaan Anwar?

Politik melampaui aras fikiran manusia menyebabkan pelabur ragu-ragu bertapak di Malaysia Serba Mungkin.

Kalian, sebelum bercakap tidak adakah pertimbangan risiko kepada rakyat dan negara?

Harga saham, harga komiditi, kestabilan politik, kesihatan, keselamatan atau sebarang aspek selain perut pedal dan kuasa kalian.

Tidak bersimpatikah kalian kepada KKM, polis dan pihak-pihak yang berhadapan Covid 19?

Tahunya kalian dari pagi membawa ke larut malam ialah agendanya KUASA, KUASA, dan KUASA.

Kerja – hasilnya ke laut.

ALLAH sudah berikan kuasa kepada kalian…apa hasilnya?

Mahu berbohong lagi?

Samada benar atau tidak di pihak DS Zahid menyambut “salam” dari anwar, hendaklah di nafikan jika dakwaan “kerja belakang” berlangsung!

Jika kalian ada masalah di mahkamah, DSN telah menunjukkan cara Gentlemen berhadapan di medan sepatutnya.

DS ZH jangan buat diam… Ya atau nafi, penyokong Umno dan Tok Mat menanti jawapannya.

Piagam yang ditandatangani bersama PAS (Muafakat Nasional) ialah satu tanda aras petunjuk kepada perpaduan bangsa Melayu.

Sekiranya ada usaha untuk menconteng perjanjian ini, ianya adalah tindakan SEHATI BERSAMA PH.

Menyamakan tindakan PAS bekerjasama dengan PPBM adalah tindakan mandi dua kolam adalah kurang tepat.

Maslahat umat Melayu perlu di dahulukan, apakah Umno sanggup melihat ‘anak’nya di lacurkan oleh Dap seperti Pan?

Sekurangnya PAS menjadi jambatan penyesalan anak-anak untuk kembali bertaut dalam kumpulan besar MN.

Malahan PAS seringnya meraikan kepulangan anak-anak yang sesat tanpa ragu.

Rakyat sudah sedia susah, di sukarkan lagi dengan kera-kera politik berhati dubuk, agenda menghadapi ancaman covid terjejas, ekonomi yang baru mahu bernafas semula di lumur tindakan sabotaj….

TSMY, akhirnya jika amat perlu, mengadaplah ke YDPA untuk mengusulkan pembubaran parlimen.

Membiarkan monyet-monyet merosakkan negara dari hari ke hari amat meresahkan.

Biarlah rakyat menghukum.

Malaysia menempah bala lagi?

Tn Ismet GS

Politik