Dewan Pemuda PAS Malaysia mengambil maklum kenyataan-kenyataan beberapa kepimpinan parti di dalam Muafakat Nasional sama ada di media sosial atau kenyataan rasmi.
Pemuda PAS ingin menegaskan kepada rakyat bahawa Pemuda PAS mengambil pendirian untuk tetap bersama memperkukuh Muafakat Nasional dan mendokong kepimpinan YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pemuda PAS juga mengingatkan agar jentera pilihanraya Gabungan Rakyat Sabah (GRS) agar terus fokus sehingga ke saat akhir untuk memastikan kemenangan besar GRS di Sabah esok.
Pemuda PAS dan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan menggunakan ruang dalaman melalui Mesyuarat Bulanan Pemuda MN bagi membincangkan persiapan menuju PRU-15 serta isu-isu berbangkit terutamanya meraikan penyertaan ARMADA dalam Pemuda Muafakat Nasional.
Akhirnya, Pemuda PAS menyeru kepada pendokong Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional di seluruh negara agar mendoakan kemenangan yang besar kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Kemenangan ini pasti akan menjadi pemangkin kepada kemenangan yang besar di dalam PRU-15 yang akan datang.
Ir. Khairil Nizam Khirudin
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
