Lawatan YDP DUN Terengganu Ke Petronas

Lawatan YDP DUN Terengganu Ke Petronas

Saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Pengurus Besar Petronas Wilayah Timur, Che Ahmad Tarmizi Abd Rahman, CEO Kerteh Integrated Petrochemical Complex (KIPC) Tuan Haji Alias, dan semua pegawai Petronas di atas layanan mesra, beri taklimat dan lawatan kerja ke tapak industri PETRONAS Wilayah Timur Kerteh, Kemaman.

Lawatan ini sangat bermakna kerana dapat memberi gambaran sebenar pelan pembangunan Petronas di samping hasrat dan perancangan kerajaan negeri.

Sebagai penyumbang utama kepada pendapatan kerajaan negeri, banyak isu-isu yang dibangkitkan oleh ADUN-ADUN mendapat penjelasan yang baik dari pihak Petronas.

Hubungan baik di antara kedua-dua belah pihak perlu dipertingkatkan lagi terutama dalam menghadapi cabaran ekonomi akibat pendemik Covid-19.Turut hadir Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Ahli Dewan Undangan (ADUN) Tepoh, Yang Berhormat (YB) Hishamuddin Abdul Karim, ADUN Manir, YB Ustaz Hilmi Dato’ Harun, ADUN Buluh Gading, YB Ustaz Ridzuan Hashim, ADUN Air Putih, YB Cikgu Ab. Razak Ibrahim, ADUN Sura, YB Cikgu Haji Wan Hapandi Wan Nik, ADUN Batu Buruk, YB Muhammad Khalil Abdul Hadi, Pengerusi Khairunnisa’ negeri Terengganu, To’ Puan Hajah Zarani Othman dan ADUN Wanita, YB Zuraida Md. Noor serta para pegawai dari pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu.

Yahaya Ali

Terengganu