Keluarga OKU

Keluarga OKU

Sedih sayu hati terjumpa seorang kakak yang tiada kaki.

Sebelah tiada dan sebelah lagi tak berfungsi dah.

3 tahun tinggal di bangunan tinggal.

Kebelakang. Kadang-kadang air naik banjir.

Tiada pintu. Tiada tandas.

Ada tandas jauh tapi buruk.

Suami beliau mengidap strok.

Kadang-kadang ada orang kacau.

Beliau mempunyai anak 2 orang.

Kedua-duanya OKU dan belajar di sekolah pendidikan khas.

Yang perempuan 12 tahun baru sahaja meninggal dunia kerana masalah paru-paru.

Seorang lagi 17 tahun ada masalah jantung dan OKU lembam tapi dialah yang uruskan untuk membawa ibunya untuk mandi dan urusan lain.

Angkat barang, kemas katil.

Sedih rasa.

ersyukur kerana mereka mendapat zakat sebanyak RM400.

Mereka juga mendapat bantuan dari JKM sebanyak RM250.

Semasa saya sampai, akak ni menangis jer.

“Saya setiap hari berdoa nak jumpa ustaz.”

“Tak sangka ustaz datang jumpa saya.” katanya sambil menangis.

Cikgu anaknya yang berumur 12 tahun yang baru meninggal elah menghubungi pembantu saya.

2 orang cikgu sekolah datang bersama membantu.

Lagi sayu rasa.

Mungkin doa anak 12 tahun tu.

Sekejap jer saya dekat situ penuh nyamuk.

Lagi menakutkan banyak babi hutan dekat situ .

Aduh seramnya.

Betul ke ustaz hadir sini.

Sekejap jer macam-macam binatang kami jumpa.

Hari ini hari lahir akak ni.

Sepanjang hidup tak pernah sambut birthday.

“Ya Allah. Allah hantar ustaz pada hari lahir saya.” katanya lagi

Menangis jer dengar kisah ujian akak ni.

Doakan yer tengah cari rumah nak pindahkan akak ni.

Saya menangis bisik pada sahabat saya.

Saya ni ujian sakit, kemalangan sikit dah mengeluh.

Apalah kekuatan wanita ini yer ya Allah tuhanku.

Ebit Lew

Isu Semasa