Produk Politik PH+: Keadilan Dan Banteras Rasuah

Produk Politik PH+: Keadilan Dan Banteras Rasuah

PH+ berjanji untuk konsisten dengan agenda keadilan dan membanteras rasuah JIKA kembali menjadi kerajaan.

Dengan kata lain, PH+ tidak mampu untuk konsisten menegakkan keadilan serta tidak mampu untuk membanteras rasuah apabila tidak menjadi kerajaan.

Kenapa demikian?

Tidak lain tidak bukan, mereka mensasarkan hal-hal ketidak-adilan dan amalan rasuah itu hanya kepada UMNO/BN.

Disebabkan mereka tidak berkuasa dan tidak menjadi kerajaan, maka mereka tidak berupaya untuk menghalang ‘ketidak-adilan’ dan amalan rasuah yang dilakukan pemimpin UMNO/BN.

Ketika mereka berkuasa sebelum ini, sangat ramai pemimpin UMNO/BN diheret ke mahkamah dengan berpuluh-puluh pertuduhan rasuah yang membabitkan puluhan juta ringgit – atas nama membanteras rasuah.

Tetapi, apabila pemimpin PH+ seperti DAP dan PKR dituduh rasuah, mereka bersolidariti, bahkan menggunakan peguam negara untuk membuang kes pertuduhan, supaya mereka dilihat bebas daripada rasuah.

Mereka anggap pemimpin PH+ sangat adil, bersih dan bebas rasuah.

Untuk mengiyakan tanggapan tersebut, mereka akan gugurkan segala pertuduhan rasuah walaupun ada merit untuk kes dibicarakan – sehingga SPRM terkejut, dan PM7 juga terkejut.

Inilah versi keadilan dan membanteras rasuah versi PH+ yang memerlukan kuasa untuk melaksanakan agenda tersebut.

Namun rakyat sudah nampak apa yang mereka sebenarnya buat semasa 22 bulan diberi peluang.

Produk keadilan dan membenteras rasuah rupa-rupanya scam yang sangat besar.

Kali ini mereka kembali menjaja produk yang sama.

UMNO/BN tidak sempurna.

Perikatan Nasional (PN) juga tidak sempurna.

Ketidak sempurnaan mereka mesti diperbaiki samada pihak kerajaan, mahupun pihak pembangkang.

Tanpa menjadi kerajaan pun, PH+ sebenarnya boleh berusaha menegakkan keadilan dan membanteras rasuah.

SPRM boleh menjadi abang besar dalam usaha membanteras rasuah jika PH+ benar-benar bersungguh-sungguh untuk hal tersebut.

Sedangkan rakyat yang menghadapi tekanan ekonomi, dan tekanan kehidupan sosial yang rumit memerlukan plan-plan tindakan yang lebih besar merangkumi aspek sosial manusiawi, pendidikan, ekonomi, pembangunan infrastruktur dan sebagainya daripada para pemimpin.

Cubalah PH+ jual produk lain selain bermain isu keadilan dan rasuah.

Bukan tak boleh, tetapi rakyat sudah bosan dan hilang kepercayaan apabila isu tersebut dimainkan oleh PH+.

Sudah hilang kredibiliti.

Kena cari produk yang kita masih kredibel untuk bangkit.

Antara produk-produk PH+ yang gagal dan mesti ada rebranding atau bikin produk baru adalah produk “menegakkan keadilan”, “membanteras rasuah”, “DS Anwar menjadi PM”, “hapus Tol”, “turun harga minyak” dan “membuka peluang pekerjaan”.

Isu Semasa