Sahabat saya yang tersayang semua.
Paling atas dalam strategi mereka untuk berkuasa adalah Penyatuan Ummah ini perlu digagalkan by hook or by crook.
Ini batu penghalang terbesar mereka.
Perpecahan boleh terjadi kerana kesilapan kita sendiri.
Yang silap sama-sama kita betulkan, jangan diulangi atau dibuat lebih teruk lagi.
Seorang dua yang terlanjur bercakap melukakan hati kawan.
Berderu ejen pemecah belah dari pihak musuh menyelinap, menyamar, menggunakan nama, page, media yang seolah-olah dari kalangan kita untuk menyalakan lagi api perbalahan.
PAS pernah ditinggalkan oleh sekelompok pengkhianat yang masih mempunyai Page yang terus mengekalkan nama PAS.
Contohnya – Peguam PAS – Dulu.
Begitu juga yang keluar dari Bersatu, yang keluar dari UMNO.
Itu belum lagi RBA yang jelas memainkan peranannya.
Mereka akan terus menjadi batu api untuk saling melaga-lagakan kita.
Suburkan isyarat perpaduan.
Itu akan melemahkan mereka.
Perbanyakkan Istighfar.
Ahmad Amzad Hashim