KEMAS nak bikin Tabika Elit.
PH bantah, kerana mengkastakan sistem pendidikan berlaku seawal umur kanak-kanak.
KEMAS nak kena survive.
KEMAS dinasihati supaya cari dana sendiri, jangan selalu harapkan dana kerajaan.
Jadi, KEMAS tidak akan mampu survive kerana yuran tabika KEMAS sangat murah.
Mewujudkan Tabika Elit dengan mensasarkan keluarga berpendapatan tinggi, tentu ada peluang untuk KEMAS berdikari.
Boleh bergerak sebagaimana tabika swasta yang tumbuh merata-rata dek permintaan yang tinggi.
Kita belum bicara mengenai silibus pendidikan pra-sekolah untuk tabika elit.
Hanya sembang pasal nak kasi KEMAS survive.
Apabila tabika elit, harga pun elit, maka silibus pun kenalah elit.
Keterlebihan elit ini yang dipertikai oleh sebahagian orang, konon anak orang kaya dapat pendidikan elit, anak orang miskin ajar biasa-biasa saja.
Pengkastaan katanya.
Tabika swasta berlambak-lambak dengan sistem dan silibus yang lebih elit, tak ada orang komplen.
Kerana KEMAS ni berkaitan entiti kerajaan.
Kerajaan kena adil untuk rakyat.
Jika rasa terkasta dan dikastakan, eloklah hantar anak-anak ke tabika PASTI.
Nescaya pendidikannya boleh dikatakan elit-elit semua, tanpa pengkastaan.
Mungkin capai 95% standardized silibus untuk PASTI seluruh Malaysia.
Hebat sangatkah PASTI?
Bagi saya hebat, kerana ia tabika menghampiri elit pada silibus dan pendidikannya, tetapi marhaen pada harga yurannya.
Jika KEMAS tabika paling murah, PASTI number dua termurah.
Jangan risau dan bimbang, anak-anak kecil tidak diajar untuk undi PAS atau memacak bendera PAS pun.
Absolutely tidak.
Yang dirisaukan mungkin, anak-anak PASTI balik rumah berkeras nak jadi imam sembahyang – berebut dengan bapaknya.
Sekian
Oleh: Dr Tanaka Mustafa