Melayu Berebut Kuasa Salah Orang Cina?

Melayu Berebut Kuasa Salah Orang Cina?

“Apabila Melayu/Bumiputra berbalah, seluruh negara akan menderita.

“Sekiranya orang Cina cukup pragmatik, mereka seharusnya melihat senario ini sendiri.” – Mohd Shafiq.

Salah orang Cina sebab orang Melayu bertengkar.

Itulah mesej yang cuba disampaikan.

Apa yang nak disalahkan?

Senario di mana orang Cina hanya nak mengundi DAP dan orang Melayu bersatupadu ialah tiada orang Cina dalam kerajaan la.

Kerajaan baru Sabah menjadi contoh.

Tak ada ADUN Cina di dalam kerajaan sebab Bung Mokhtar kata dia tak nak bertengkar dengan PPBM dan membenarkan kerajaan Perikatan Nasional ditubuhkan.

Bung Mokhtar juga kata dia pikul tanggungjawab sepenuhnya di atas keputusannya. (1)

Kamu lihat ada orang Cina bising tak mengenai hal ini?

Tak boleh bising pun.

Yang kamu ni nak salahkan orang Cina tu tak masuk akal langsung.

Kamu bersatupadu, buat kerja, tadbir kerajaan dengan baik, berikan keamanan dan kedamaian kepada semua rakyat, siapa nak bising?

Nak bagi contoh lagi la kalau kamu tak faham.

Kelantan – pernahkah orang Cina sana bising?

100% bawah PAS tapi okay saja.

Kekurangan kerajaan Kelantan itu kemajuan, tapi itu kerana dana kerajaan pusat disekat BN dulu.

Ada tak cerita orang Cina dianiayai kerajaan Kelantan?

Cukuplah.

Yang nak gunakan orang Cina sebagai alasan tu orang Melayu yang tak tahu berdamai dengan orang Melayu.

Orang Melayu berdamai dulu, orang Cina akan ikut juga.

Yang nampak sangat politik bangsa dan agama tu ialah mereka yang berpolitik.

Dan kamu faham tak bila kamu salahkan orang Cina macam tu, kamu memberi mereka kuasa Kingmaker.

Kamu ingat posisi Kingmaker itu bagus sangat ke?

Ia merujuk kepada kumpulan minoriti yang dapat menjadikan seorang itu raja sebab sokongan dari pihak lain semuanya tak cukup.

PAS sebagai Kingmaker bermaksud PAS tidak akan memimpin, hanya memastikan orang lain memimpin.

Bangsa Cina sebagai Kingmaker juga tidak berbeza.

Usah pedulikan DAP dan MCA jika anda tidak mahukan mereka.

Tetapi anda hanya boleh melakukannya sekiranya anda bersatu.

Orang Cina hanya main peranan saja bila kamu memerlukan undi orang Cina tu.

Jadi berdamailah dan tunjuk rakyat Malaysia bagaimana orang Melayu boleh bangkit dan memberikan Malaysia zaman kegemilangan yang sepatutnya.

Peace.

Mak Khuin Weng – マク

  1. Isu Ketua Menteri Sabah: Bung Moktar pikul tanggungjawab sepenuhnya – https://www.sinarharian.com.my/…/Isu-Ketua-Menteri…
Dalam Negeri