Memenuhi jemputan sahabat saya. Saudara Profesor Dato’ Sri Dr. Alex Ong ke majlis perasmian 5 pertubuhan serentak petang semalam di Hotel Berjaya Times Square.
Syabas dan tahniah kepada Presiden kelima-lima Pertubuhan dan jawatankuasanya kerana telah berjaya menganjurkan majlis pada malam ini.
Saya difahamkan majlis malam ini adalah hasil sepakat gabungan 5 pertubuhan MA yang berdaftar iaitu:
- Pertubuhan Pembangunan Pendidikan Kemahiran Profesional Malaysia
Malaysia Professional Skill Development Education Association iaitu (MASDEA)
- Persatuan Perenang Dan Jurulatih Renang Malaysia
Malaysia Swimmers and Swimming Coaches Association iaitu (MASWIM).
- Persatuan Pendidikan dan Pengiat Muzik Malaysia
Malaysia Musician & Education Association (MASIC).
- Persatuan Usahawan Estetika Kesihatan Malaysia
Malaysia Aesthetic Health Entrepreneur Assocition (MAHAS).
- Persatuan Pendidikan Kemahiran dan Tenaga Kerja Masyarakat Istimewa Malaysia
Malaysia Human Resource and Skill Education Association for Special Community (MASCOM).
Kelima-lima pertubuhan ini amat unik terutamanya melibatkan pelbagai lapisan kaum dengan mempunyai fungsi dan matlamat yang perlu dicapai bersama.
Saya amat menyokong hasrat baik Presiden dan ahli-ahli jawatankuasanya dalam membangunkan pertubuhan ini dengan objektif masing-masing.
Turut bersama pada majlis semalam YB Senator Datuk Seri Haji Abd. Halim bin Abd Samad, Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Parlimen Malaysia dan YB Datuk Rosol bin Wahid, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna.
Terima kasih kerana sudi menjemput saya bersama-sama meraikan majlis pada malam semalam.
Xie Xie Da Jia.
Haji Ahmad Amzad Hashim





