Dalam suasana Covid 19 merebak semula ini, timbul pertanyaan, ahli politik mana yang tidak ikut SOP?
Tadi seorang doktor bersungut kat fb saya tentang sikap ahli-ahli politik yang tak ikut SOP atau tak melakukan kuarantin selepas balik dari Sabah, menjadi punca merebaknya Covid 19.
Rupa-rupanya memang ada ahli-ahli politik di Selangor yang berbuat demikian, termasuk beberapa orang bekas Menteri PH.
Ketika mereka menyerang Menteri PAS yang tidak kuarantin, tidak pula geng mereka menyerang menteri-menteri ini.
Adakah mereka tidak bersalah?
Rakyat mesti tertanya-tanya, kenapa mereka berbuat demikian?
Adakah mereka tidak faham SOP atau mereka sengaja mahu ‘menganiaya’ rakyat negara ini.
Beginikah pemimpin yang bertanggungjawab?
Mohd Fadli Ghani