Amalan yang wajib dicontohi.
Saya adalah Presiden kepada Majlis 5 “MA” iaitu Persatuan:
Pertubuhan Pembangunan Pendidikan Kemahiran Profesional Malaysia
Malaysia Professional Skill Development Education Association iaitu (MASDEA)
Persatuan Perenang Dan Jurulatih Renang Malaysia
Malaysia Swimmers and Swimming Coaches Association iaitu (MASWIM)
Persatuan Pendidikan dan Pengiat Muzik Malaysia
Malaysia Musician & Education Association (MASIC)
Persatuan Usahawan Estetika Kesihatan Malaysia
Malaysia Aesthetic Health Entrepreneur Assocition (MAHAS)
Persatuan Pendidikan Kemahiran dan Tenaga Kerja Masyarakat Istimewa Malaysia
Malaysia Human Resource and Skill Education Association for Special Community (MASCOM)
Kami telah menganjurkan program perjumpaan untuk 5 “MA” ini serentak di Hotel Berjaya Times Square.
Antara tetamu yang hadir terdiri dari para usahawan dan ahli akademi dari kalangan kaum Cina, Melayu, India dan pelbagai lagi.
Tetamu khas yang hadir adalah YB Tuan Haji Ahmad Amzad Hashim, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dan juga YB Senator Datuk Seri Haji Abd. Halim bin Abd Samad, Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Parlimen Malaysia dan YB Datuk Rosol bin Wahid, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna.
Apa yang saya hendak cerita di sini ialah tentang YB Ahmad Amzad Hashim yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Terengganu.
Masuk jer Waktu Solat Maghrid, berlaku perbualan antara saya dengan YB Ahmad Amzad.
YB Ahmad Amzad: Tok Lex, ade dok surau? Kita ni masuk waktu maghrid dah ni…
Alex: YB.. Ade! Mari ambe tunjuk, memang kita siapkan ruang mushola untuk sahabat muslim dan yang hadir ni ramai juga mualaf…
YB Ahmad Amzad: Hor gitu bereh ambe ambik air mayang dulu. (Wuduk)
Alex: Gi ambe ator.
YB Ahmad Amzad: Ok.
Selepas berwuduk YB Tuan Haji Ahmad Amzad Hashim pun masuk mushola yang disediakan.
YB start jer solat, saya pun ambik gambor la 2 keping untuk kenangan… (curi curi)
“YB Tuan Haji, maaf deh saloh ambik gambor, dok mitok izin awal.”
Apa pun kepada semua, moral disebaliknya, inilah YB PAS yang perlu kita contohi, maknanya tiada alasan tinggal solat walau pun ada majlis sedang berjalan.
Semoga YB dikurniakan kesihatan dan lebih berjaya kedepan…
InsyaAllah, “Kun Faya Kun.”
Dato’ Dr Alex Ong