Bekas penolong menteri undang-undang dan hal ehwal orang asli Sabah, Jannie Lasimbang membantah hal ini, dengan alasan bahawa membawa parti Islam ke dalam badan perundangan negeri atau, “lebih buruk lagi”, kerajaan negeri akan melakukan kerosakan yang tidak dapat diperbaiki terhadap multikulturalisme Sabah. (1)
Kalau PAS lebih teruk, kenapa DAP tidur bersama PAS 2008 hingga 2018?
Oh, sorry, saya lupa DAP dan PAS bertengkar dan Pakatan Rakyat hancur jadi Pakatan Harapan tahun 2015 pasal Langkah Kajang.
Tapi walaupun tak bersama, tetap tidur dalam katil sama juga sebab tak nak hilang kuasa kat kerajaan Selangor.
Sebab kita semua tahu kan, dalam politik ni, nak berkuasa tu susah sikit. Suka tak suka, kadangkala kena diam juga.
Kalau PPBM nak pelihara kerjasama Perikatan Nasional, PPBM akan memberi PAS kerusi satu.
Kalau PPBM tak beri pun itu hak mereka kerana telah diberikan kerusi Chief Minister.
Tapi itu bermakna PPBM memang nak bersaing dengan Umno dan PAS masa GE15 nanti.
Peace.
Mak Khuin Weng – マク
- Despite objections, PAS leader insist party’s right to get nominated rep spot in Sabah – http://dlvr.it/RhmxVY