Solat Lima Waktu Tapi Tidak Bertudung

Solat Lima Waktu Tapi Tidak Bertudung

SOALAN:

Seorang wanita yang mengerjakan solat lima waktu tetapi dia keluar rumah dengan tidak memakai tudung adakah solatnya itu sah?

JAWAPAN:

Sungguhnya solat seseorang itu apabila sempurna sekelian rukunnya dan sekelian syaratnya maka sah ia dan diharap akan Allah menerimanya apabila adalah dikerjakannya dalam keadaan ikhlas kerana Allah Taala.

Tetapi perbuatan tidak menututp aurat adalah satu perbuatan dosa dan maksiat kepada Allah yang mana pelakunya berhadapan dengan perbicaraan pada hari akhirat nanti dan berkemungkinan di azab di dalam neraka jika Allah tidak memberikan keampunan kepadanya.

Tersebut pada Majlis Fatwa Palestin:

نذكّر بأنّ خلع الحجاب كبيرة من الكبائر يترتب عليه سؤال ومحاسبة ومعاقبة إلاّ أن يعفو الله بفضله وإحسانه ، لذا يجب أن تبادر الأخت السّائلة إلى التوبة والعودة العاجلة لله تعالى .

Artinya: “Kami mengingatkan sungguhnya menanggalkan tudung adalah satu dosa besar dari sekelian dosa-dosa besar yang mana akan disoal atasnya dan dihisab dan diazab melainkan bahawa Allah mengampunkannya dengan kurnia-Nya dan ihsan-Nya. Kerana itulah hendaklah perempuan tersebut segera bertaubat dan segera kembali kepada Allah Taala.”

Kesimpulannya solat yang dikerjakan oleh perempuan yang tidak memakai tudung apabila keluar rumah itu sah ia jika sempurna rukun dan syaratnya dan ikhlas tetapi dalam masa yang sama dia telah derhaka kepada Allah sepanjang masa kerana engkar tidak mahu patuh pada kewajipan menututp aurat maka setiap masa dia mendapa dosa dan setiap masa dia dikira sebagai perempuan yang derhaka dan ahli maksiat.

Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus

Soal Jawab