“Telah tiba masanya Presiden UMNO memberikan pedoman dan hala tuju jelas kepada parti dan semua ahlinya, tentang bagaimana kita harus meneruskan kerjasama kita dengan saingan politik kita.” – Tok Mat. (1)
Tok Mat juga memperjelaskan kritikan dia bahawa Umno sebuah parti yang menguasai Sabah selama 27 tahun tetapi hanya pemain politik terpencil dalam Gabungan Rakyat Sabah.
Saya nak beri pandangan sikit ajelah.
Sekiranya Umno tu kuat sangat, kawan-kawannya tidak akan lari ke Warisan pada 2018.
Umno berkuasa 27 tahun di Sabah dan hilang kuasa itu 2018.
Lebih dua tahun tak berkuasa di Sabah.
Apa jua senarionya sekarang, Umno tak ada kemungkinan berkuasa sepenuhnya dalam pilihanraya.
Sebab tu mereka kena duduk bersama PAS lepas 2018 kan?
Apa yang ramai ketua Umno tak perasan sekarang ialah mereka dapat kembali berkuasa kerana lawan mereka lemah dan bukan kerana Umno kuat.
Cadangan Umno tarik diri dari Perikatan Nasional tu bodoh sebab kamu akan memaksa PAS memilih nak bersama PPBM ataupun Umno.
Kalau PAS pilih PPBM macam mana?
You ingat MCA dan MIC boleh bersama membawa kemenangan?
Suka tak suka, Umno kena bertahan sikit demi kesejahteraan rakyat.
Memang saya dengar banyak cerita mengenai apa yang PPBM buat.
Kawan MCA saya ceritakan bahawa MCA nak minta lantik orang mereka sebagai ketua kampung di kampung Cina pun kena tolak menteri PPBM sebab PPBM nak berkuasa sepenuhnya.
Tapi apa MCA nak buat?
Mereka hanya tunggang kuasa orang Melayu sekarang.
Takde suara.
Umno kena bertahan sehingga 2023 dan berkhidmat untuk rakyat.
Gunakan masa ini untuk memperkukuhkan Umno, bukannya untuk mencari gaduh sana sini.
Rakyat perlukan kerajaan yang stabil sekarang kerana ekonomi negara perlu dipulihkan.
Kamu semua main politik macam ni, rakyat yang merana.
Peace.
Mak Khuin Weng – マク
- Ahmad Zahid perlu perjelas hala tuju UMNO – Tok Mat – https://www.utusan.com.my/…/ahamd-zahid-perlu-perjelas…/