Betulkah PAS Khianati UMNO?

Betulkah PAS Khianati UMNO?

Ada satu orang post kat saya dan bertanya mengapa PAS khianati UMNO dengan mengadakan kerjasama dengan BERSATU dan menubuhkan PN?.

Saya tanya kat mana yang dikatakan khianat?

InsyaaAllah PAS sepanjang kerjasamanya dengan siapa pun telah membuktikan setiakawan yang tinggi.

Jauh sekali berkhianat. (sila rujuk kerjasama PAS + S46. PAS+ DAP. PAS+PKR)

Muafakat PAS dan UMNO adalah muafakat yang tidak mengikat antara satu sama lain.

PAS bebas dan UMNO pun bebas.

Sebab itu PAS tak kesah hubungan UMNO dgn MCA dan MIC dalam BN.

Namun ada satu persepakatan iaitu mana-mana pihak tidak boleh bekerjasama dengan mana-mana parti komponen PH atau Individu pimpinannya.

Atas dasar itu PAS tiada hubungan dengan PAN atau DAP atau PKR.

Juga tidak menyokong LKS atau Mat Sabu atau Anwar.

Adapun BERSATU dan TSMY sudah keluar dari PH.

Maka dimana khianatnya PAS?

Kalau dalam diam-diam PAS dan Ahli Parlimennya menyokong Anwar dan berjanji untuk lantik Anwar sebagai PM maka itu baru dinamakan khianat.

Lalu perkukuhkan MN ini sebaiknya dengan berpegang kepada piagam yang telah digariskan.

Jangan layan pihak-pihak yang mahu pecahkan PN atau BN atau MN.

Jangan ambil sebarang pendekatan politik yang boleh megembalikan PH dan DAP ke Putrajaya.

Cuba belajar mengenali Aulawiyyat Politik.

Kerana Aulawiyyat politik lah maka PAS sanggup tak bertanding walau satu kerusi pun di Sabah.

Kerana bagi PAS mengalahkan PH lebih penting dari PAS bertanding. dengan itu semua pihak mesti mempastikan PRU15 nanti semua Parlimen dan DUN hanya bertanding dua penjuru sahaja.

Jika ketiga-tiga parti utama PAS + BERSATU + UMNO gagal memutuskan pertandingan hanya 2 penjuru, bermakna kita bersedia melihat PH kembali menjadi kerajaan.

Dan itu merupakan malapetaka yang lebih dahsyat dari covid 19 kepada negara ini.

Perlu diingat, bila keputusan 2 penjuru diterima bermakna PAS perlu bersedia ada kerusi PAS yang terpaksa diserah kpd BERSATU atau UMNO.

BERSATU perlu bersedia jika ada kerusi BERSATU terpaksa diserahkan kepada PAS atau UMNO.

UMNO pun kena bersedia menyerahkan kerusinya kepada BERSATU atau PAS.

Waktu inilah kematangan politik dan setiakawan semua pihak teruji.

Ketamakan dan kesombongan diri akan menjadikan semua parti-parti terbabit bakal berpindah ke kerusi pembangkang di DUN dan Parlimen nanti.

Biar kita tak jadi tok imam asalkan solat dipimpin oleh imam yang sah.

Ustaz Mokhtar Senik

Politik