Selesai program di Planetarium Negara pagi tadi, saya sempat melakukan kunjungan hormat ke Hygenia Sdn. Bhd di Kawasan Perindustrian Seri Kembangan.
Alhamdulillah akhirnya berkesempatan juga setelah terpaksa menangguh lawatan ini berkali-kali sebelum ini.
Saya disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Hygenia sendiri iaitu Mr Abdul Ahad Khan dan Mr Md Wahidur Rahman Ali Akbar.
Hygenia merupakan sebuah syarikat Malaysia Multinational Conglomerate Incorporated di Malaysia dan berpusat di Seri Kembangan.
Hygenia merupakan sebuah syarikat penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan kini sedang giat membuat pengeluaran topeng muka N95 dan 3ply-mask.
Saya sendiri sempat melihat proses dari awal sehingga akhir bagi topeng muka N95 dan juga 3ply-mask.
Haji Ahmad Amzad Hashim


