Siapa Kata PAS Racist?

Siapa Kata PAS Racist?

Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Sabah hari ini menyangkal dakwaan sesetengan pihak yang  membuat tuduhan sesuka hati mengatakan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) parti ‘racist’.

Saya seorang yang beragama Kristian dan telah menjadi ahli DHPP sejak tahun 2012.

Saya telah membantu PAS Sabah dalam gerak kerja Pilihan Raya Ke-13 dan Ke-14. 

Saya menjadi ahli dalam PAS ini dengan kesedaran dan secara sukarela apabila melihat  semua pimpinan dan negeri yang pernah diperintah oleh PAS tidak pernah terlibat dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. 

Saya, walaupun berbeza agama dengan mereka, langsung mereka tidak pernah menggesa saya memeluk Islam.

Malah saya berbangga dengan semua ahli PAS kerana mereka mempunyai akhlak sangat baik.

Dalam mana-mana program yang mereka adakan, sembahyang mereka tidak pernah dilupakan.

Malah PAS Sabah bersama-sama dengan DHPP Sabah pernah menganjurkan Sambutan Pesta Kaamatan dengan cara yang sangat harmoni.

Dalam program tersebut kami memperagakan pakaian pelbagai kaum di Sabah.  

Saya dengan ikhlas hati mengatakan sangat berbangga berada di bawah organisasi PAS dan saya berdoa supaya saya kekal dalam parti ini.

Saya beranggapan PAS merupakan parti masa depan yang sepatutnya menjadi pemerintah Malaysia.

Hanya orang yang tidak kenal dengan PAS secara dekat sahaja yang akan membuat tuduhan melulu kepada PAS dan Presiden PAS.

SATAIL MAJUNGKAT

Pengerusi

Dewan Himpunan Pendukung PAS Sabah

Politik