Troll Golf: Berlaku Adillah Di Dalam Mengkritik

Troll Golf: Berlaku Adillah Di Dalam Mengkritik

Meneliti kenyataan media Presiden Yayasan Kebajikan Golf Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMCG), Dato Ir. Zainuddin bin Mohd Radzi, adalah didapati bahawa troll yang dibuat terhadap Tan Sri Muhyiddin yang cuba memaparkan beliau sebagai seorang Perdana Menteri yang tidak prihatin ke atas kebajikan rakyat dengan masih bermain golf tatkala rakyat sedang berhadapan dengan penularan kembali pandemik COVID-19 adalah satu tindakan yang tidak wajar.

Ini kerana acara The Founders Cup ini hanyalah salah satu daripada aktiviti TSMCG dari 1 ke 4 Oktober 2020 bersama-sama bengkel TSMCG The Way Forward yang bertujuan untuk yayasan merancang aktiviti-aktiviti kebajikannya untuk tahun-tahun mendatang, dan kedua-dua acara ini telah dirancang lebih awal tatkala kes COVID-19 masih berada pada tahap satu angka.

Lebih penting lagi, acara The Founders Cup ini bukanlah acara golf biasa tetapi adalah satu acara di dalam rangka kerja Tan Sri Muhyiddin dan rakan-rakan beliau untuk mengumpul dana bagi membolehkan TSMCG membuat kebajikan melalui sukan golf, termasuk dengan menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada golongan yang terkesan oleh pandemik COVID-19.

Malah, tidak disebutkan oleh para pengkritik beliau mengenai betapa pada malam tadi 20 pertubuhan amal telah menerima sebahagian daripada kutipan The Founders Cup 2020 ini.

Berlaku adillah di dalam mengkritik.

“FOUNDERS CUP 2020” & “TSMCG WAY FORWARD” DESARU, JOHOR, 1 – 4 OKTOBER 2020 ANJURAN YAYASAN KEBAJIKAN GOLF TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN / TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN CHARITY GOLF FOUNDATION (TSMCG)

Yayasan Kebajikan Golf Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMCG) kini sedang menganjurkan kejohanan golf kebajikan, ‘Founders Cup 2020’ bersama-sama dengan bengkel ‘TSMCG Way Forward 2020’.

Acara-acara ini berlangsung dari 1 ke 4 Oktober 2020 di resort dan padang golf di Desaru, Johor.

Kedua-dua acara dijalankan serentak dengan Founders Cup 2020 telah dilangsungkan pada 3 Oktober 2020.

Tan Sri Muhyiddin berada di Desaru atas kapasiti sebagai pengasas dan pengerusi yayasan ini.

1. TSMCG The Way Forward 2020 adalah satu siri perbincangan untuk yayasan merancang aktiviti-aktiviti kebajikannya untuk tahun-tahun mendatang.

2. Semua peraturan, Prosedur Operasi Standard (SOP) dan praktik KKM telah dipatuhi dengan ketat.

Keselamatan peserta dan tetamu adalah keutamaan kami pada semua acara dan setiap masa.

3. Acara Founders Cup dan TSMCG The Way Forward telah dirancang lebih awal tatkala kes COVID-19 masih berada pada tahap satu angka.

4. Penyertaan pemain dalam kejohanan ini juga telah dikurangkan ekoran peningkatan jumlah kes COVID 19.

Semua SOP sebelum, sepanjang dan selepas acara berlangsung juga telah dipatuhi dengan ketat selaras dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh KKM.

5. 20 pertubuhan amal telah menerima sebahagian daripada kutipan The Founders Cup 2020 pada majlis penyampaian hadiah malam tadi. Pertubuhan-pertubuhan amal tersebut adalah:

● Pertubuhan Kebajikan Cahaya Pelangi Johor Bahru

● Persatuan Penjagaan Kanak-kanak Terencat Akal Johor Bahru

● Pertubuhan Kebajikan dan penjagaan kanak-kanak kurang upaya Negeri Johor

● Persatuan Kebajikan Rumah Kesayangan Guru Shree Raghavendra

● Persatuan Kebajikan Elijah Johor Bahru

● JB Lions Renal Care Foundation

● Persatuan Kebajikan Fei Xiang Johor Bahru

● Persatuan Kebajikan Berkat Berganda (Shuang Hu) Johor Bahru

● Pertubuhan Kebajikan Insan Istimewa Johor Bahru

● Pusat Kebajikan Care Haven Bhd

● Madrasah Tahfiz Al Quran Assoliheen Taman Kempas Baru, Johor Bahru

● Pusat Jagaan Kasih Setanggi

● Wakaf Darul Quran Mersing

● Persatuan Kebajikan Prihatin Mersing

● Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Kota Tinggi Johor

● Madrasah Tahfiz Al Jauhar

● Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Jalan Omri

● Pertubuhan Kebajikan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE)

● Madrasah Tahfiz Al Quran Al Muhajirin

● Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Darul Istiqamah Kg Simpang Baba, Muar

TSMCG telah ditubuhkan 18 tahun yang lalu oleh Tan Sri Muhyiddin dan beberapa rakyat Malaysia ternama yang berkongsi wawasan beliau untuk membuat kebajikan melalui sukan golf.

Yayasan ini telah terlibat dalam kerja-kerja amal dari awal pandemik COVID-19 dengan menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada golongan miskin dan golongan memerlukan dalam bentuk barang-barang makanan dan barang-barang keperluan.

TSMCG juga berjaya membekalkan dan menyampaikan mesin pernafasan ke hospital serta makanan dan bantuan kepada petugas barisan hadapan dan golongan yang paling terkesan oleh pandemik COVID-19.

Yayasan ini aktif menguruskan pusat dialisis di Kuala Lumpur dan akan mempunyai pusat-pusat dialisis lain di Putrajaya dan Pagoh tidak lama lagi.

Sehingga 2019, ia telah berjaya mengumpulkan kira-kira RM17 juta dan ini telah disalurkan kepada pelbagai pertubuhan amal dan individu di Malaysia.

Pertubuhan amal ini juga bekerjasama dengan sektor korporat seperti Kumpulan NSTP untuk memberikan bantuan kewangan kepada pesakit kanser, pesakit awam dan mendapatkan prostetik kepada individu cacat terpilih.

Sebahagian besar daripada dana yang dikumpulkan oleh yayasan adalah sumbangan daripada sektor korporat, individu dan ahli yayasan sendiri.

Yayasan ini juga mempunyai dua acara golf tahunan, iaitu The Founders Cup dan TSMCG Golf Challenge.

Presiden TSMCG sekarang adalah Dato Ir. Zainuddin bin Mohd Radzi manakala Setiausaha Agungnya pula adalah Datuk Noor Zilan Mohd Noor.

Dato Ir. Zainuddin bin Mohd Radzi

Presiden Yayasan Kebajikan Golf Tan Sri Muhyiddin Yassin

TAN SRI MUHYIDDIN CHARITY GOLF (0536-07-SEL)

C3A03, Level 3A, Block C, Kelana Square,

Jalan SS7/26, Kelana Jaya,

47301 Petaling Jaya,

Selangor Darul Ehsan.

Tel: +603 – 7803 4432 Fax: +603 – 7803 4423

Sukan