Rujuk Kepada Ulama

Rujuk Kepada Ulama

Petang ini YB Tuan Haji Ahmad Amzad Hashim, Timbalan Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi telah melakukan kunjungan hormat ke atas YB Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi bin Awang, Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merangkap Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah di pejabat beliau di Jabatan Perdana Menteri.

“Saya telah membawa beberapa perkara dan isu berkaitan tugasan serta cadangan ke pengetahuan Tuan Guru Presiden.”

“Dalam pertemuan ini juga saya cuba mendapatkan pandangan dan ulasan Tuan Guru terhadap perkara-perkara,” kata Amzad.

Beliau juga berkata bahawa ilmu dan pandangan yang diberikan oleh Tuan Guru Insya Allah akan dijadikan panduan di dalam melaksanakan amanah rakyat.

Dalam Negeri Terengganu