Pada petang ini, saya bersama pegawai saya sempat meluangkan masa membuat lawatan ke TXMR SDN. BHD yang bertempat di Cheras, Selangor.
Saya telah disambut oleh Managing Director of TXMR SDN BHD, En. Tengku Mohd Farid Bin Tengku Hashim, Head Value Creation Venture Tech, En. Nizam Mohd Reza diiringi barisan pengurusan syarikatnya.
TXMR SDN. BHD merupakan syarikat yang menyediakan reka bentuk mekatronik dan penyelesaian kejuruteraan untuk automasi dan sistem robotik.
Ianya memberikan penyelesaian menyeluruh kepada pengilang komponen robotik melalui kolaborasi teknologi intensif yang digabungkan dengan inovasi teknologi robotik ‘human sense’ terkini.
Fokus utamanya juga adalah menghasilkan inovasi produk robotik untuk pasaran robot global.
Saya juga turut berkesempatan meninjau produk-produk yang terdapat di TXMR SDN. BHD seperti Integrated Conveyor Automation System (ICAS), Integrated Robotic System (IRS) dan Cyber Physical Management System (CPMS).
Industri robotik dan automasi menjadi antara fokus utama kerajaan dalam merancakkan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) yang sentiasa memerlukan transformasi digital untuk kekal berdaya saing.
Saya komited dalam membantu melonjakkan industri ini dan berharap melalui lawatan ini, ianya dapat terus berkembang maju agar dapat memberi manfaat besar kepada masa depan negara.
Haji Ahmad Amzad Hashim


