Parti politik yang menggunakan nama agama mungkin berjaya di Semenanjung Malaysia tetapi tidak di Sabah, kata Presiden Parti Cinta Sabah, Datuk Seri Anifah Aman.
Beliau berkata, Sabah merupakan negeri unik kerana rakyatnya bertolak ansur dan mencintai sesama sendiri tanpa mengira kaum serta agama.
“Jangan merosakkan perpaduan antara kaum dan agama di Sabah. kekalkan parti itu di Malaya (Semenanjung Malaysia) sahaja.
“Saya? Saya seorang muslim yang cintai agama saya. Namun cara orang Sabah mencintai agama adalah berbeza dan orang Sabah tidak suka agama serta politik dihubung kaitkan,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.
Mengulas lanjut, Anifah berkata, beliau berharap tidak ada mana-mana parti politik yang menggunakan nama agama masuk ke Sabah.
“Mohon maaf, jangan bawa mana-mana parti politik yang menggunakan nama agama ke Sabah. Kalau anda faham keadaan Sabah, tentu anda akan bersetuju dengan kami,” katanya.
Dari apa yang beliau tulis ternyata Anifah Aman hanya menerima sebahagian sahaja dari ajaran Islam sedangkan menurut al-Quran, umat Islam dituntut menerima Islam keseluruhnya.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ
Maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.”
(al-Baqarah: 208)