Izinkan saya kongsikan satu kisah yang pernah diceritakan oleh al-Marhum Dr. Hamka.
Satu hari di England, al-Marhum Dr. Hamka berada dalam satu lif bersama beberapa lelaki dan wanita Inggeris.
Setibanya di bawah, apabila pintu lif terbuka, Dr. Hamka segera bergerak untuk keluar.
Tindakannya itu telah ditegur oleh wanita Inggeris yang berada dalam lif tersebut:
“Hey! Tidakkah kamu pernah mendengar istilah ‘ladies first'”.
Mendengar teguran tersebut, Dr. Hamka berpusing ke arah wanita Inggeris tersebut dan berkata.
Istilah ‘ladies first’ adalah istilah yang direka oleh lelaki Kristian yang penakut dan mereka tidak pernah menghormati kaum wanita mereka.
Kalau kita keluar dari lif ini dan ada seorang penembak yang mahu menembak ke arah kita, yang akan terkena tembakan adalah kaum wanita dulu dan kaum lelaki kamu akan berlindung di belakang kamu.
Bagi kami orang-orang Islam, kami sanggup menghadapi sebarang bahaya demi untuk menjaga keselamatan kaum wanita dan kanak-kanak kami.
Kalau ada penembak di luar sana, kami dulu yang akan ditembak dan wanita dan anak-anak kami akan selamat.
Kenapa lelaki kamu mereka istilah ‘ladies first’.
Ini kerana kaum lelaki kamu tahu bahawa kalau dalam peperangan, orang-orang Islam tidak akan membunuh, orang-orang tua, wanita dan kanak-kanak.
Kerana itulah lelaki-lelaki kamu yang penakut menggunakan istilah ini untuk menyelamatkan diri mereka dan meminta kamu keluar dulu
Oleh itu, izinkan saya keluar dahulu kerana jika ada penembak di luar sana, saya dulu yang kena dan kamu semua wanita-wanita di dalam lif ini akan selamat.
Terdiam semua lelaki di dalam lif tersebut.
Kesemua mereka terunduk malu.
Kisah ini diceritakan sendiri oleh al-Marhum Dr. Hamka semasa lawatannya ke Malaysia.