Nabi Suruh Minimalkan Pergerakan Saat Dilanda Bencana

Nabi Suruh Minimalkan Pergerakan Saat Dilanda Bencana

Nabi berpesan:

سَتَكُوْنَ فِتَنٌ القاعِدُ فِيْها خَيْرٌ مِنَ الْقَائِمِ والقائمُ فيها خيرٌ من المَاشِي والماشِي فيها خير من السَّاعِي. مَنْ تَشَرَّفَ لَها تَسْتَشْرِفْهُ وَمَنْ وَجَدَ مَلْجَأً أَوْ مَعَاذاً فَلْيَعِذْ بِهِ

“Akan berlakunya fitnah, orang yang duduk lebih baik dari orang yang berdiri. Orang yang berdiri ketika itu lebih baik dari orang yang berjalan. Orang yang berjalan ketika itu lebih baik dari orang yang berlari. Barangsiapa yang berdepan dengan fitnah tersebut, maka hendaklah dia menghindarinya. Dan barangsiapa yang mendapati tempat kembali atau tempat berlindung darinya, maka hendaklah dia berlindung”

Hadith Riwayat Bukhari & Muslim.

Kalimah fitnah di dalam hadith memiliki pelbagai maksud, termasuklah merujuk kepada bencana penyakit yang merebak.

Nabi menyuruh kita agar pasif, minimakan pergerakan.

Dalam konteks wabak Covid-19 hari ini, ternyata ia adalah satu kaedah pencegahan yang berkesan agar ia tidak cepat merebak.

Kesedaran ini bergantung kepada sikap ketelusan masing-masing terhadap kepentingan bersama.

Perlu bersedia mengorbankan kepentingan diri sendiri.

Sekarang bukan waktu untuk berjalan-jalan, bergerak merentasi negeri & bersosial dengan skala yang besar.

Ternyata Islam bukan sekadar mengajar doa berlindung dari bencana.

Bahkan Islam turut mengajar praktis hidup secara sejahtera yang dapat menyelamatkan semua manusia.

Inilah penyelesaian dari Islam.

Abdul Mu’izz Muhammad

Islam