Industri Marin Guna Elemen Artificial Intelligence

Industri Marin Guna Elemen Artificial Intelligence

Pada pagi ini, YB Ahmad Amzad Hashim telah meluangkan masa lawatan ke Hayatech Sdn. Bhd yang bertempat di Nilai, Negeri Sembilan.

Kehadiran beliau telah disambut oleh pengarah urusan Hayatech diiringi jurutera-jurutera dan wakil daripada Technology Park Malaysia.

Dalam lawatan tersebut telah diadakan perbincangan mengenai teknologi bot terbaru yang dihasilkan.

Hayatech Sdn Bhd merupakan penyedia teknologi dan perkhidmatan canggih yang terkemuka dan menawarkan penyelesaian berskala untuk perniagaan dari pelbagai saiz.

Selain itu, mereka juga menawarkan perkhidmatan kejuruteraan yang inovatif ke seluruh dunia termasuk Belanda dan New Zealand.

Teknologi bot baru yang dibangunkan untuk industri marin ini menggunakan elemen Artificial Intelligence, Big Data Analytics, Intelligence Power Manager, Water Jet System, Electrification, Renewable Energy Usage (Turbine), CPS Monitoring System, Modern Full Design.

Mereka juga menyediakan bot bersaiz kecil khusus untuk para nelayan dalam mencari rezeki.

“Industri marin dekat di hati saya kerana sudah sekian saya berkecimpung di dalam bidang ini” kata Amzad.

Beliau juga berkata sememangnya telah menjadi fokus utamanya untuk membangunkan teknologi yang melibatkan sektor perikanan dan laut.

Semoga ianya memberi manfaat yang besar kepada negara untuk terus maju berteknologi seiring dengan revolusi industri 4.0 yang rancak dibangunkan.

Teknologi