Dr Ali Akbar Ghulasan

Dr Ali Akbar Ghulasan

Dr Ali Akbar Ghulasan, kami angkatan kampus UM.

Kampus paling dramatik dengan sejarah gerakan mahasiswa sejak dekad 1960an, zaman kami meremaja dikampus juga penuh dengan aksi unjuk rasa.

Ali di kolej kediaman lain, aku di kolej pertama pada tahun satu UM, aku rapat dengan Dr Nordin Sakke (anak Sabah yang juga kawan baik Ali) kerana sama-sama menginap di surau kolej Pertama.

Tidur, bangun, belajar, mengaji, berusrah, melaungkan azan di surau ASTAR.

Lepas bergraduat, masing-masing membawa diri namun mengikat diri dengan jamaah, Nordin sempat bersamaku didalam DPP Lembah Pantai.

Dr Ali dan Dr Nordin adalah anak jati Sabah yang balik ke tanah tembuni mereka, bukan sahaja sebagai akademisi namun petugas barisan hadapan jamaah.

Jika aku ke Sabah, mereka mengatur program-program di Sepanggar dan sekitarnya.

Dr Ali, minatnya pada dunia pendidikan dan amal tarbawi, juga tendensi ini ada pada Dr Nordin.

Mereka faham bahawa bumi Sabah ini perlu dibajai dengan majlis-majlis ilmu.

Menghidupkan PASTI, Maahad, bahkan berkuliah dimalam hari.

Sabah Insya Allah akan menjadi tanah yang subur kepada perjuangan Islam, bahkan jika diukur dengan kuantiti pusat pengajian di bawah jamaah, mereka telah mengatasi negeri-negeri Selatan Semenanjung.

Tahniah, pada sahabat-sahabatku Sabahan.

Oh lupa dua tahfiz an-Nur, Setiu dan Besut, keduanya sebelum ini diuruskan oleh anak Sabah yang piawai dan pakej.

Ustaz Dr Riduan Mohamad Nor

Politik