Kita ini jika ada kudis di muka jangan kita menyibuk kudis di kaki orang lain.
Bersihkan dulu muka kita sebelum nak bercakap tentang buruk orang lain.
Inilah nasihat saya kepada Tokong, Lim Guan Eng yang begitu sibuk nak ulas tentang kes Ustaz Dr. Khairuddin at-Takiri sampai lupa dia punya skandal terowong dan skandal rasuah banglo tak ada kolam yang patut dia beri perhatian lebih.
Bila saya baca status Guan Eng, saya tertanya-tanya adakah dia sedang mengumpat dirinya sendiri?
Siapakah menteri yang sudah di dakwa tetapi kesnya digugurkan oleh rakan baiknya yang dilantik menjadi peguam negara?
https://www.facebook.com/127235530639890/posts/3912402718789800/
Ingat sikit, kes Khairuddin Tak di gugur atau ditutup macam kes kamu semasa kamu jadi Menteri.
Ianya masih lagi berjalan seperti biasa dan sudah diserah kepada pejabat peguam negara.
Adalah lebih baik Guan Eng berhenti sekejap dari berceloteh tentang orang lain, lagi pun kita tidak nampak apa-apa perubahan yang DAP buat untuk rakyat dalam negara.
Rakyat mahukan perubahan untuk mereka, bukan cerita politik kosong.
Pesan saya, jika anda sudah tidak mampu lagi memimpin DAP, berilah pada orang lain yang lebih baik contohnya seperti Anthony Loke Siew Fook atau Liew Chin Tong.
Rekod mereka pun masih bersih dan sijil mereka TIDAK palsu walaupun mereka pun bukan dari keluarga Lim.
Lau Chin Kok 刘振国