PAS, UMNO Dan Bersatu Dalam Muafakat Nasional

PAS, UMNO Dan Bersatu Dalam Muafakat Nasional

Muafakat Nasional bukan hanya antara PAS dan UMNO tapi juga telah disertai oleh Bersatu.

Muafakat Nasional, GPS dan GRS pula dipayungi oleh Perikatan Nasional sebagai kerjasama politik nasional antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Kesatuan antara 3 parti ini dalam MN melibatkan semenanjung sangat digeruni oleh PH.

Oleh itu percubaan pecah dan perintah sedang dibuat oleh PH khususnya Anwar antaranya menerusi percubaan mengadap YDPA membawa senarai nama MP UMNO yang kononnya menyokong beliau.

Sepertimana penjelasan DS Zahid Hamid dan juga Tan Sri Anuar Musa selaku SUA BN, Ahli Parlimen UMNO bertindak secara en bloc dalam memberikan dukungan kepada kerajaan PN bersama-sama Ahli Parlimen PAS.

PAS, UMNO dan Bersatu bekerjasama untuk memperkasakan kerajaan yang mempertahankan kepentingan Melayu Islam dan memberikan hak kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

Ini suatu yang gagal diberi jaminan oleh PH khususnya DAP yang tersangat tidak mesra Islam dan Melayu.

Apa yang penting ialah kerajaan bersama Umno, PAS dan Bersatu dan parti-parti lain terus mengukuh bagi melaksanakan amanah rakyat sebagai kerajaan prihatin.

Ahli-ahli PAS dan UMNO jangan terperangkap dengan mainan cyber trooper untuk menimbulkan kesangsian terhadap sokongan bulat kepada kerajaan PN.

Dr Khairuddin Takiri

Politik