UMNO lebih takut PAS daripada PPBM

UMNO lebih takut PAS daripada PPBM

UMNO lebih takut dan menghormati PAS daripada PPBM kerana dengan PAS tanpa PPBM, UMNO dan PAS mampu menang 128 kerusi parlimen.

Tetapi kalau tanpa PAS, UMNO ternyata gagal berkuasa seperti PRU 14.

Lagi pula, PAS bertanding secara solo berlawan dengan UMNO dan PPBM pun boleh dapat kuasai 3 negeri.

Sekarang UMNO tidak boleh lagi memandang PAS dengan sebelah mata seperti dahulu.

Masa berbulan madu sudah berlalu untuk UMNO.

UMNO perlu bekerja lebih keras, lebih berintegriti dan lebih ikhlas sekiranya mahu memenangi PRU.

PAS mampu kuasai 3 negeri secara solo kerana sikap PAS yang konsisten dengan dasar Islam, tidak berkompromi dengan kemungkaran, dan dilihat lebih ikhlas.

Secara simboliknya UMNO dan PAS ini umpama keris, dimana badan atau mata keris adalah UMNO dan hulunya adalah PAS.

Secara simbiotiknya, tanpa mata keris, hulu sahaja tidak mampu untuk menang dalam sesuatu persilatan.

Tanpa hulu pula, mata keris sahaja pun sukar untuk berlawan.

Hulu kerislah yang menjadi penunjuk arah tikaman, tanpanya tusukan akan tersasar.

Sementara mata keris yang keras dan tajam mampu memberi kemenangan.

Sebilah keris tidak lengkap tanpa sarungnya.

PPBM dikira sarung keris dan ianya merupakan pelengkap walaupun tanpanya, keris bogel berhulu kayu Jati masih boleh menewaskan lawan.

Dari data PRU 14, UMNO dan PAS mampu menang sampai 160 -180 kerusi sekiranya sentimen anti DAP seperti yang berlaku pada PRK-PRK lepas kekal relevan sampai ke PRU 15.

Cumanya, kalau ada PPBM, tugas itu akan menjadi lebih senang.

Dr Muslim

Isu Semasa