Eco-Shop Ingin Membuka Cawangan Di Terengganu

Eco-Shop Ingin Membuka Cawangan Di Terengganu

Eco-Shop yang mudah dikenali sebagai kedai ‘dua riyal’ merupakan antara jenama rangkaian kedai peralatan rumah yang terkenal di negara.

Syarikat yang berpengkalan di Segamat itu kini mempunyai 155 buah cawangan di seluruh negara.

Hari ini saya berbesar hati menerima kunjungan rombongan Syarikat Eco-Shop Marketing Sdn Bhd bagi membincangkan beberapa isu berkaitan ekonomi semasa.

Managing Director merangkap pemilik Eco-Shop, Dato’ Sri Lee Kar Whatt yang mengetuai rombongan ini turut menyatakan perancangan mereka untuk melebarkan lagi operasi di Terengganu.

Dalam masa yang sama, pihak Eco-Shop juga mengemukakan hasrat mereka untuk menyampaikan sumbangan kepada golongan yang terkesan dan daif di sekitar Kuala Terengganu.

Semoga pertemuan ini dapat memberi manfaat kepada kedua-duanya khususnya dalam membangunkan ekonomi negeri Terengganu.

Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar

Terengganu