Anwar Memang Ada Nombor

Anwar Memang Ada Nombor

Istana Negara telah mengeluarkan kenyataan berkenaan sesi mengadap DSAI sebentar tadi.

  1. DSAI hanya mengemukakan jumlah sokongan MP kepadanya.

Tiada nama MP yang diserahkan kepada YDPA.

  1. DSAI dititah untuk akur kepada undang-undang dan perlembagaan.

Apa maksudnya?

Dokumen yang diserahkan oleh DSAI itu langsung tidak kuat.

Kalau nama ahli parlimen yang menyokong pun tak boleh diserah kepada Tuanku, macammana DSAI boleh kata dia mempunyai akuan bersumpah MP yang menyokongnya?

Tanpa dokumen kukuh seperti ini, YDPA tiada sebarang keperluan untuk menitah Perdana Menteri bagi mengadap baginda untuk proses pengesahan seterusnya.

Apabila DSAI dititah untuk akur kepada perlembagaan, ia adalah satu signal jelas bahawa sebarang pembuktian sokongan selepas ini adalah melalui sidang parlimen.

Saya tidak fikir YDPA akan memperkenankan sekali lagi DSAI mengadap untuk urusan yang sama jika hari ini beliau telah gagal menyerahkan dokumen yang sepatutnya.

Akhirnya, DSAI telah kehilangan peluang keemasan untuk meyakinkan Tuanku.

Buang masa.

Abdul Rahim Hilmi Zakariya

Dalam Negeri